Subaru Chiffon Try, Harga Bawah RM50K

Sebuah lagi kei-car, Subaru Chiffon Try menembusi pasaran Jepun, baru-baru ini.
Walaupun rupa paras Chiffon Try ini agak comel namun ia sebenarnya agak rugged kerana hadir dengan gaya off-road dimana ciri itu sebenarnya membezakannya ia daripada varian Chiffon yang lain.
Ciri off-road kelihatan lasak kerana ia tampil dengan skid plate, ada kemasan plastik hitam pada bahagian bampar depan, bampar belakang dan sisi.
Selain mengenai kemasan plastik yang digunakannya, Chiffon Try sebenarnya hadir dalam 11 warna. Ini termasuk warna varian flagship yang berwarna Lake Blue Metallic yang datang dengan dua pilihan tona.
Menjengah bahagian dalaman, ia sememangnya hadir dengan ciri off-road yang agak menarik kerana Chiffon Try didatangkan dengan upholsteri kalis air pada kesemua tempat duduknya.


Malah, kerusi hadapannya boleh direbahkan ke belakang sehingga 240 mm.
Antara kemudahan yang terdapat pada kereta ini ialah skrin infotainmen bersaiz 9 inci dan apa yang cukup menarik mengenai kei-car ini adalah, ia hadir dengan rekaan ‘Miracle Open Door’.

Difahamkan, rekaan ini menggabungkan pintu gelongsor elektrik untuk memudahkan lagi penumpang masuk dan keluar.
Mengenai trenkuasanya, Chiffon Try dikuasakan oleh enjin 660 cc tiga silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 51 hp dan tork 60Nm.
Ia juga hadir dengan transmisi jenis CVT dimana ia boleh menyalurkan kuasa ke roda hadapan.
Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh mendapatkan versi pacuan semua roda (AWD).
Tempahan untuk kereta ini sudah pun dibuka tetapi bukan di Malaysia tetapi di Jepun dimana harga jualannya bermula dari RM47,935.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge