ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Wanita 76 Tahun Lawan Arus Dalam Perjalanan Ke Kompleks Warga Emas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PERODUA-AXIA-LAWAN-ARUS-KUANTAN_1.png


Seorang wanita warga emas berusia 76 tahun dikenakan saman selepas didapati memandu secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Kuantan-Pekan, Rabu lalu. Kejadian itu menarik perhatian ramai selepas video memaparkan insiden tersebut tular.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, memaklumkan bahawa tindakan wanita tersebut berjaya dikesan selepas video kereta Perodua Axia yang dipandunya tersebar luas di Facebook. 


Hadir ke Balai Polis untuk Siasatan


PERODUA-AXIA-LAWAN-ARUS-KUANTAN_2.png


Menurut Wan Mohd Zahari, pada hari yang sama, wanita tersebut telah tampil di Balai Trafik Kuantan untuk memberi kerjasama bagi siasatan lanjut. Hasil siasatan awal mendapati pemandu warga emas itu sedang dalam perjalanan dari bandar Kuantan menuju ke Kompleks Warga Emas di Bandar Wakaf Madinah Mawaddah, Penor, di Pekan.


Kesilapan Akibat Faktor Usia dan Kekeliruan Laluan


“Oleh kerana faktor usia dan tidak biasa melalui jalan tersebut, pemandu telah tersesat serta tidak mahir dengan laluan di jalan berkenaan tanpa menyedari telah melawan arus," jelas Wan Mohd Zahari dalam satu kenyataan.


Saman Dikeluarkan Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan


Sehubungan itu, notis saman telah dikeluarkan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu melawan arus.


Pihak polis turut menasihatkan agar semua pemandu sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan risiko kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. 


"Pemilik dan pemandu kenderaan juga hendakla memastikan tahap kesihatan diri dalam keadaan baik sebelum memandu kenderaan. 


“Tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu lintas sehingga membahayakan nyawa orang lain,” tambahnya lagi.


Sumber: Sinar Harian

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU5624

SELANGOR

BSU4946

JOHOR

JG483J

PULAU PINANG

PSG5623

PERAK

APM3675

PAHANG

CFJ1646

KEDAH

KGJ5163

NEGERI SEMBILAN

NEM3342

KOTA KINABALU

SJU6145

KUCHING

QAB7816P

Terakhir Kemas Kini 20 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Tips

28-09-2026
Berita Auto

04-06-2026
Tips

09-12-2025
Berita Auto

22-08-2025
Berita Auto

14-06-2024
Global

10-05-2024
Berita Auto

07-05-2024
Berita Auto

20-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang

Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.

20-10-2026
Berita Auto

Malaysia Catat Sejarah: RoboVan Tanpa Pemandu Bakal Diguna

Van Logistik Tanpa Pemandu Pertama Bakal Diguna Di Malaysia.

20-10-2026
Berita Auto

Heritage Motor Exchange Asia 2026: 50 Kereta Klasik Dipamer

Heritage Motor Exchange Asia 2026: Tarikh, Tiket & Kategori Kereta.

20-10-2026
Berita Auto

Ada Berita Baik, Diskaun Tiket ECRL 30% Bulan Pertama Operasi Disember Ini

ECRL Mula Operasi Disember: Nikmati Diskaun Tiket 30%.

20-10-2026
Berita Auto

Mercedes Mahu F1 Sepang Kembali — Ini Respon Pakar Lampu Pula

F1 Sepang: Bakal Kembali Ke Sepang Dengan Perlumbaan Malam?

20-10-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Rentas Sabah Sarawak Cuma 1 Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-MAX 2.2L Bukti Penjimatan Luar Biasa

19-10-2026
Berita Auto

Anak Beranak Maut Dihempap Kontena

Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap kontena.

19-10-2026
Berita Auto

ECRL RM125 Ke Kelantan: Berbaloi Atau Mahal?

ECRL Gombak-Kota Bharu RM125: Ini Beza Tiket Ekspres & Transit Yang Anda Perlu Tahu

19-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.