WISE Mampu Kurangkan 40& kesesakan di Lebuhraya PLUS Gopeng-Kuala Kangsar

Percaya atau tidak, Projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan Gopeng ke Kuala Kangsar di Perak sehingga 40 peratus.
Projek yang menelan belanja kira-kira RM6.2 bilion itu dijangka siap pada tahun 2028 nanti.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, WISE menyediakan laluan alternatif kepada pengguna Terowong Menora yang sering menghadapi kesesakan disebabkan oleh bilangan kenderaan berat yang tinggi.
"Ini berdasarkan profil dan topografi berbukit di kawasan Gopeng ke Kuala Kangsar, Lebuhraya PLUS yang memperlahankan pergerakan kenderaan berat dan seterusnya memberikan kesan terhadap aliran trafik terutamanya di waktu puncak.

"Peralihan trafik dari Lebuhraya PLUS kepada WISE sebenarnya membantu menyuraikan kesesakan trafik di Lebuhraya PLUS dan juga memberikan alternatif kepada pengguna tanpa sebarang komitmen kewangan daripada kerajaan," katanya
Untuk rekod, projek Lebuhraya WISE melibatkan lebuh raya bertol dari Kuala Kangsar ke Gopeng melalui Siputeh dan Batu Gajah dengan anggaran 60.88 kilometer (km) secara penswastaan.
Kadar tol yang ditetapkan bagi lebuh raya itu adalah sebanyak 23 sen per km bagi tempoh konsesi selama 55 tahun termasuk empat tahun tempoh pembinaan.
Lebuhraya WISE melibatkan enam persimpangan iaitu dua di Kuala Kangsar, satu di Jerlun, satu di Siputeh dan dua lagi di Gopeng, Perak.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge