ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Zeekr X Didedah, Ada 2 Varian, Harga BAWAH RM180,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-10-11-at-18.34.38.jpeg

Zeekr X akhirnya didedahkan kepada pihak media di Sunway Pinnacle, Subang Jaya, pada pagi tadi.

Buat masa ini, Zeekr X masih belum dijual namun tempahan untuk jentera ini sudah pun dibuka sejak beberapa hari lepas.

Untuk pasaran Malaysia, Zeekr X ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan Flagship AWD dengan harga di bawah RM180,000, sahaja.

Untuk makluman, anda, Zeekr X dibina berdasarkan platform Scalable Electric Architecture (SEA) Geely yang turut digunakan oleh smart #1, smart #3, Volvo EX30.

Dari segi dimensi, Zeekr X ini mempunyai ukuran dimensi  4,432mm (panjang), selebar 1,836mm, tinggi 1,566mm manakala jarak roda pula, 2,750mm.

WhatsApp-Image-2024-10-11-at-18.34.02.jpeg

Menjengah bahagian luaran, memang tidak dinafikan, Zeekr X ini sememangnya sporty dan kelihatan agak futuristik disebabkan rekaan lampu depan hadir dengan teknologi matriks manakala potongan lampu nyalaan siang harinya pula jenis lampu dua tingkat.

WhatsApp-Image-2024-10-11-at-18.34.12.jpegWhatsApp-Image-2024-10-11-at-18.36.42.jpegWhatsApp-Image-2024-10-11-at-18.39.32.jpeg

Apa yang membuatkan Zeekr X ini lebih menonjol adalah  kerana pintu dengan cermin tanpa bingkai manakala pemegang pintunya juga tersembunyi serta dilengkapi dengan bumbung panaromik sepanjang 1.21 meter persegi.

WhatsApp-Image-2024-10-11-at-18.34.50.jpeg

Namun anda jangan risau dengan bumbung panoromik ini kerana ia hadir dengan pelindung sinaran matahari.

Mengenai kabin pula, Zeekr X hadir dengan rekaan dalaman yang cukup minimalis, tampak mewah dan moden.

Difahamkan, warna kabin kedua-dua varian Zeekr X adalah berlatar belakang warna Charcoal Black dan Stone Grey.

Tidak cukup dengan itu, ketika jari-jemari merasai kabinnya, kebanyakan bahagian kabinnya hadir dengan sentuhan permukaan yang lebih lembut.

image.pngimage.png

Malah, ia juga hadir dengan lampu ambien umpama bongkah-bongkah ais yang nyata menimbulkan aura yang cukup tenang terutama pada waktu malam.

Tidak ketinggalan, Zeekr X juga didatangkan dengan skrin sesentuh infotainmen 14.6 inci, pad pengecasan tanpa wayar,  head-up display serta sistem bunyi Yamaha 13 pembesar suara.

WhatsApp-Image-2024-10-11-at-18.56.18.jpeg

Apa yang paling penting, Zeekr X juga hadir dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sementara itu,  mengenai trenkuasanya, model Flagship AWD  hadir dengan dua motor elektrik berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 315 kW dan tork 543 Nm. Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.8 saat.

Bagi varian Premium pula, ia disumbat dengan motor elektrik pacuan roda belakang dimana  ia mampu menjana kuasa setakat 200kW dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.6 saat.

Datang pula mengenai pengecasannya, kenderaan ini sebenarnya menyokong pengecasan pantas DC 150kW dimana ia mengambil masa 30 minit bagi pengecasan 10-80 peratus.

Dengan bateri berkapasiti 66 kWj, ia dikatakan mampu bergerak sejauh 440 kilometer (berdasarkan WLTP).

WhatsApp-Image-2024-10-11-at-18.57.11.jpeg

Bagi ciri keselamatan, Zeekr X sebenarnya cukup dengan ciri-ciri keselamatan yang cukup canggih. 

Antaranya ialah lima kamera, lima radar, menyokong sistem ADAS tahap 2, Kawalan Jelajah Adaptif, Tukar Lorong Automatik, Kawalan pengekalan tengah lorong, Amaran Buka Pintu, Brek Kecemasan Parkir, Bantuan Parkir Automatik, Pengesan Titik Buta, Bantuan pengelakan lintasan trafik depan (FCTA),  belakang (RCTA) dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, Zeekr X didatangkan dalam lima pilihan warna: Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD6523

SELANGOR

BSR1576

JOHOR

JYB3682

PULAU PINANG

PSD3271

PERAK

APJ4170

PAHANG

CFG8716

KEDAH

KGG6573

NEGERI SEMBILAN

NEK7359

KOTA KINABALU

SJS5531

KUCHING

QAB580P

Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

02-02-2026
Global

21-01-2026
Global

09-01-2026
Global

06-01-2026
Berita Auto

22-12-2025
Teknologi

25-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.