Diskaun Saman Trafik 50%! Ramainya Dah Bayar Saman Tertunggak, Syabas.

Nampaknya, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membayar saman tertunggak apabila polis menawarkan diskaun saman sebanyak 50%, baru-baru ini.
Untuk itu, dalam dua hari, polis berjaya mengutip lebih RM1.87 juta hasil bayaran saman orang ramai.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata dalam tempoh berkenaan, sebanyak 17,002 saman diselesaikan membabitkan keseluruhan kutipan RM1,878,620.

Malah, sebanyak RM270,850 bayaran saman diselesaikan melalui bayaran tunai, e-bayaran (RM882,340), manakala bayaran menggunakan kupon 50 peratus mencatat kutipan RM725,430.
Pada hari pertama (Selasa), sebanyak RM841,390 bayaran saman berjaya dikutip untuk bayaran 7,677 saman dan pada hari kedua semalam, jumlah kutipan saman meningkat kepada RM1.037 juta untuk bayaran 9,325 saman.
"Dianggarkan seramai 3,100 orang awam hadir ke kaunter saman yang disediakan di pejabat JSPT Kuala Lumpur dalam tempoh dua hari ini," katanya.
Bagi yang tidak tahu, Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik bermula 5 November lalu hingga Sabtu ini.
Bagaimanapun, tawaran diskaun berkenaan TIDAK termasuk bagi:
• Kes saman kemalangan.
• Saman bicara mahkamah.
• Kategori tidak boleh kompaun.
• Memotong secara berbahaya.
• Kesalahan menggunakan lorong kecemasan.
• Tidak mematuhi isyarat lampu merah.
• Kesalahan berkaitan kenderaan berat.
• Pengubahsuaian ekzos.
• Saman berstatus Op Selamat.
• Kesalahan memotong di garisan berkembar.
Pembayaran tanpa tunai ini boleh dibuat di balai polis trafik Tun H.S Lee, Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 pagi hingga 4 petang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jom Bayar Saman Dengan Aplikasi MyBayar Saman! Diskaun Sehingga 50% Dalam Masa Terhad!
Polis DiRaja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melancarkan portal dan aplikasi mobil MyBayar Saman.
25-03-2021
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge