Isu Teknikal: JPJ Panggil Balik Alza, Aruz, Honda CB350RS

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan Perodua Alza, Aruz dan motosikal Honda CB350RS keluaran 2024 gara-gara tidak mematuhi peraturan spesifikasi ditetapkan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pemangglan semula itu membabitkan sebanyak 2,518 kereta Perodua Alza 1500 x (CVT), 1500 H (CVT) dan 1500 AV (CVT), 1,139 Perodua Aruz 1500 X dan 1500 AV.
Kesemua model ini mengalami masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi.


“Selain kereta, 65 motosikal Honda CB35ORS juga dipanggil semula kerana mempunyai masalah pada sensor kelajuan roda menyebabkan sistem brek antikunci (ABS), 'traction control' dan meter had laju tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman, pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi Perodua Manufacturing Sdn Bhd (Perodua) dan Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda).

Langkah itu diambil bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing atau pemilik kenderaan turut dibenarkan hadir secara 'walk-in' ke mana-mana pusat servis pusat servis yang berhampiran di seluruh negara.
Bagaimanapun, mana-mana komponen terbabit dengan isu itu akan digantikan dengan kos ditanggung pihak syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.
Bagi pemilik Perodua, anda boleh menghubungi talian di 1-800-88-6600 atau melayari https://www.ufirst.com.my/member/login atau melalui aplikasi U-First.
Sementara itu, untuk Boon Siew Honda, pelanggan boleh menghubungi talian 1-800-88-3993 (BSH Customer Care Line) atau melayari https://boonsiewhonda.com.my/after-sales/recall-campaign/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7965
SELANGOR
BSU9404
JOHOR
JH1971J
PULAU PINANG
PSH3149
PERAK
APM8064
PAHANG
CFJ3724
KEDAH
KGJ7546
NEGERI SEMBILAN
NEM5471
KOTA KINABALU
SJV1147
KUCHING
QAB9703P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge