- Berita
- Berita Auto
- Jose Muñoz CEO Baharu Hyundai 2025 Nanti – PhD Kejuruteraan Nuklear, CEO Pertama Bukan Warganegara Korea
Jose Muñoz CEO Baharu Hyundai 2025 Nanti – PhD Kejuruteraan Nuklear, CEO Pertama Bukan Warganegara Korea
-full.jpg)
Hyundai Motor Group telah mengumumkan pelantikan Jose Muñoz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu, berkuat kuasa 1 Januari 2025. Muñoz menggantikan Jaehoon Chang, yang dinaikkan pangkat sebagai Naib Pengerusi bahagian automotif Hyundai Motor Group.
Miliki PhD dalam Kejuruteraan Nuklear
Dilahirkan di Sepanyol dan kini memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat, Jose Muñoz, 59, mempunyai latar akademik yang cemerlang. Beliau memiliki PhD dalam Kejuruteraan Nuklear dari Universiti Politeknik Madrid dan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan Eksekutif dari IE Business School, Madrid.
Pelantikan ini juga merupakan satu titik bersejarah kerana Muñoz ialah individu bukan warganegara Korea pertama yang dilantik sebagai CEO Hyundai.
Pengalaman Luas dalam Dunia Automotif

Sebelum menyertai Hyundai pada 2019, Muñoz pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Prestasi untuk Nissan Motor Corporation. Dalam tempoh 15 tahun di sana, beliau memimpin operasi di China dan Amerika Utara.
Sebagai CEO Hyundai dan Genesis Motor Amerika Utara, Muñoz memainkan peranan penting dalam memperluaskan portfolio produk Hyundai di Amerika Utara, termasuk pelancaran Hyundai Ioniq 5. Selain itu, beliau memacu pelaburan bernilai AS$12.6 bilion (~RM56.36 bilion) bagi pembinaan "Metaplant" dan kerjasama pembangunan bateri baharu di Georgia, Amerika Syarikat.
Sokongan daripada Jaehoon Chang
CEO Hyundai yang akan meninggalkan jawatannya, Jaehoon Chang, memuji Muñoz sebagai pemimpin yang berjaya membuktikan keupayaannya.
"Jose ialah seorang pemimpin dengan pengalaman global yang luas, ini menjadikan beliau [individu] yang tepat untuk menerajui Hyundai dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar."
Cabaran dan Visi Masa Depan
Jose Muñoz akan mengakhiri peranan beliau di Hyundai dan Genesis Motor Amerika Utara dengan pelancaran SUV elektrik Hyundai Ioniq 9 di Los Angeles Auto Show 2024.
Beliau menyatakan komitmennya untuk terus membawa Hyundai ke tahap lebih tinggi, "Saya sangat teruja dengan cabaran yang diberikan ini dan berhasrat memastikan pertumbuhan Hyundai berterusan. Dalam masa yang sama memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kepuasan pelanggan."
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai Akan Dedahkan Strategi Teknologi Hidrogen 7 September Ini
Acara dalam talian ini akan diadakan secara langsung pada 7 September.
30-08-2021
Bahagian Mobiliti Udara Bandar Bangunkan Operasi AAM
Bahagian Mobiliti Udara Bandar Hyundai Motor Group mengakui pihaknya telah memeterai satu usaha sama dengan ANRA Technologies.
18-08-2021
Hyundai Mahu Tumpu Pada Kereta Elektrifikasi Sahaja!
Pada masa kini, tidaklah menjadi satu kejutan besar memandangkan hampir setiap pengeluar kenderaan di seluruh dunia mengorak langkah ke hadapan dengan membangunkan kenderaan elektrik.
29-06-2021
Berita Terkini
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat