ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Paling Banyak Dicuri Di Malaysia, SUV, 4X4, Trak Pikap

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Berdasarkan akhbar The Star, statistik menunjukkan bahawa kecurian kereta semakin meningkat di Malaysia, dimana sindiket menyasarkan SUV, 4x4 dan trak pikap. 

Trend kecurian kenderaan dilihat meningkat memandangkan kes kecurian mencecah jumlah tertinggi pada tahun lepas iaitu 14,592 unit berbanding 14,433 pada 2022 dan 13,426 pada 2021.

Daripada jumlah itu juga,  motosikal melibatkan jumlah terbesar bagi kenderaan yang dicuri iaitu mencecah 10,589 unit, manakala kereta pula sebanyak 3,225 kereta unit (termasuk pikap, SUV dan MPV).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata,  hasil siasatan mendapati sindiket curi kenderaan menyasarkan kenderaan 4×4 dan SUV berikutan permintaan yang tinggi.

image.png

“Ini kerana kenderaan tersebut  mendapat harga tinggi di pasaran gelap. Sindiket curi kenderaan tempatan akan dibayar antara RM20,000 dan RM30,000 untuk  setiap kenderaan mewah oleh sindiket antarabangsa, namun ia bergantung kepada jenis dan keadaan kenderaan itu,” katanya dalam satu temubual dengan wartawan The Star.

Menurut Suhaily, rata-rata pencuri  menggunakan alat elektronik yang dibeli secara online untuk membuka sesebuah kenderaan.

Antara kereta yang disasarkan ialah  kenderaan yang diletakkan di jalan, di kawasan parkir terbuka atau awam atau di hadapan rumah yang tidak berpagar, walaupun terdapat beberapa kes kecurian kenderaan mewah di kawasan kejiranan berpagar. 

"Penjualan peranti dan peralatan tersebut secara dalam talian merupakan faktor penyumbang utama kepada kekerapan kecurian di Malaysia. Di mana peranti ini mudah diakses dan dibeli melalui aplikasi dalam talian,” jelasnya.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQK8672

SELANGOR

BSM2839

JOHOR

JYQ9250

PULAU PINANG

PRY3972

PERAK

APE9125

PAHANG

CFF1565

KEDAH

KGE2153

NEGERI SEMBILAN

NEJ4523

KOTA KINABALU

SJQ1627

KUCHING

QAB1930N

Terakhir Kemas Kini 03 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Helikopter Terhempas: 2 Anggota Polis Kritikal

Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

10-07-2025
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.

26-05-2025
Berita Auto

Viral: Lori Gilis Penunggang Motosikal

Seorang penunggang motosikal digilis dari arah belakang oleh sebuah lori di Persiaran Rajawali – Jalan Angsa, Klang, semalam.

25-05-2025
Berita Auto

9 Anggota FRU Maut Angkara Stereng Lori Pasir Rosak

Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir dipercayai menjadi punca kenderaan berat itu merempuh kenderaan trak FRU.

13-05-2025
Berita Auto

Lori Sampah Rempuh 3 Rumah, Mujur Tiada Yang Terkorban!

Pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tiga rumah terbabit.

18-12-2024
Berita Auto

Polis Pasir Mas Tawar Diskaun Saman Trafik, Bermula 25 Nov Ini

Warga Kelantan jangan lepaskan peluang untuk membayar saman tertunggak,

19-11-2024
Berita Auto

Video Tular: Polis Siasat Kereta Pengiring VIP Langgar Kereta Awam

Sebuah kereta Proton Saga kemek teruk gara-gara dirempuh kereta pengiring VIP.

18-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.

03-02-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Sasaran Tahun Ini: Proton Hasrat Jual 200,000 Unit Kenderaan

Proton meletakkan sasaran jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun ini.

02-02-2026
Berita Auto

China 'Gila Kuasa'! Lebih 20 Juta Pengecas EV Disediakan, Sasar 28 Juta Lagi

Kelajuan China dalam membina infrastruktur kenderaan elektrik (EV) sukar dicabar oleh mana-mana pasaran dunia.

02-02-2026
Berita Auto

Durian Runtuh: Neta V Semurah RM39,999

Neta V kini dijual pada harga RM39,999.

02-02-2026
Berita Auto

Boleh Tahan, 1 Jam Isi RON97 40 Tong Jerikin

Seorang penyeludup dipercayai mengisi RON97 ke dalam 40 tong hanya dalam masa sejam.

02-02-2026
Berita Auto

Chery Malaysia Sahkan Model Prestasi & SUV Mewah Akan Tiba Pada 2026

Sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2023, Chery Auto Malaysia tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan taringnya.

02-02-2026
Berita Auto

Cuti Panjang, Aliran Trafik Di Karak Masih Steady, Utara, Selatan Mula Sesak

Aliran trafik di beberapa lebuh raya terutamanya menuju ke selatan dan utara mula bergerak perlahan di beberapa kawasan petang ini.

30-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.