Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya

Tiada lagi jualan, kenderaan guna NGV mulai Julai 2025!
Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.
“Jadi, mana-mana kenderaan motor yang dikuasakan dengan bahan api NGV tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan di atas jalan raya di Malaysia atas dasar keselamatan kepada pengguna dan orang ramai mulai 1 Julai 2025.
“Malah, PETRONAS juga akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat di dalam pasaran Malaysia sebelum penamatan sepenuhnya juga mulai 1 Julai 2025 nanti,” katanya.
Difahamkan, langkah itu diambil atas beberapa faktor, termasuk isu keselamatan kepada pengguna terutama pemilik kenderaan yang dikuasakan dengan NGV.

Lagipun, kemuncak bagi pengubahsuaian dan pemasangan kit kenderaan NGV adalah antara 1995 sehingga 2014.
"Tempoh ini memberi indikasi bahawa keseluruhan kenderaan yang terbabit pada hari ini sudah berada dalam fasa akhir hayat tangki NGV dan perlu diganti,"
“Tangki NGV mempunyai had tempoh penggunaan selamat dalam lingkungan tempoh 15 tahun dan tidak selamat jika tidak diganti, selain boleh gagal berfungsi pada bila-bila masa yang boleh mendatangkan kecederaan, kematian serta kerosakan harta benda,” tambahnya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau mengakui ada segelintir pengguna yang sudah melaksanakan ubah suai kenderaan dengan menggunakan silinder gas memasak (LPG) yang amat berbahaya dan mendatangkan risiko kemalangan serta letupan sebelum ini.
"Silinder LPG hanya mempunyai tekanan sekitar 7 bar/100 psi berbanding tangki NGV yang mempunyai tekanan sehingga 220 bar/3,200 psi.
"Penggantian menggunakan komponen-komponen tulen pula akan memakan kos yang tinggi sehingga boleh melebihi RM7,000 bagi setiap kenderaan," katanya.
Untuk makluman, terdapat lebih kurang 44,383 kenderaan aktif yang berdaftar dengan bahan api NGV di dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan dalam tiga tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7941
SELANGOR
BSU9400
JOHOR
JH1945J
PULAU PINANG
PSH3144
PERAK
APM8047
PAHANG
CFJ3722
KEDAH
KGJ7529
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1135
KUCHING
QAB9670P
Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
6 Kemalangan Babitkan Kenderaan NGV Dalam 16 Tahun
Gara-gara isu keselamatan, kerajaan terpaksa mengharamkan kenderaan dan bekalan gas asli mampat (NGV) mulai 1 Julai 2025.
04-11-2024
Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai 1 Julai 2025, Jangan Risau Sebab PNGV Sediakan Bantuan
PNGV menyediakan Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV untuk kumpulan sasar yang terjejas.
04-11-2024
Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil
PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.
03-02-2026
Kebakaran Besar Putra Heights: Ini Penjelasan Petronas
PETRONAS mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB).
01-04-2025
PETRONAS: Tiada Mana-Mana Stesen Petronas Terbakar Di Putra Heights
Tiada mana-mana stesen minyak Petronas terbakar.
01-04-2025
Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini
Gentari Renewables telah melantik Solarvest Energy untuk memasang panel solar di lebih daripada 300 stesen Petronas di seluruh negara.
06-03-2024
Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS
PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1).
02-02-2024
Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan
Gentari telah melancarkan pengecas baharu di beberapa lokasi. Ini senarainya...
29-12-2023
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge