Zeekr X 2025 Dilancarkan Di China – Hanya Dari RM83K!

SUV kompak mewah yang dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada hujung bulan ini, Zeekr X, telah muncul dalam versi terkini, sebagai model 2025 untuk pasaran domestiknya di negara China.
Yang menariknya, Zeekr X yang telah diberikan kemas kini kecil ini ditawarkan pada harga yang lebih murah dengan potongan sekitar 25%, menjadikan harganya kini serendah RMB149,900 (~RM92,000), dan selepas subsidi kerajaan China, hanya RMB134,900 (~RM83,000).
Potongan harga ini bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai dan membantu merancakkan lagi jualan Zeekr X yang kurang memberangsangkan di China.
Reka Bentuk Yang Menarik Tidak Cukup Untuk Memikat Orang Ramai?

Dilancarkan pertama kali di China pada April 2023, Zeekr X mendapat perhatian global kerana rekaannya yang unik, ciri ini bagaimanapun tidak mampu membantu meningkatkan jualannya di pasaran China selepas syarikat kenderaan elektrik (EV) tersebut hanya mencatatkan jualan sebanyak 28,926 unit dari Mei 2023 hingga September 2024 untuk Zeekr X.
Model 2025 ini mengekalkan reka bentuk dalaman dan luaran yang sama, dengan penambahan warna hitam baharu dan rim 18 inci yang diperbaharui. Dengan panjang 4,450 mm, lebar 1,836 mm dan tinggi 1,572 mm serta jarak roda 2,750 mm, Zeekr X di China hadir dalam konfigurasi empat tempat duduk (2+2) dan lima tempat duduk (2+3).
Perbezaan untuk Pasaran Malaysia

Konsol tengah Zeekr X masih dilengkapi dengan skrin infotainmen 14.6 inci yang unik dan boleh dialihkan dari tengah ke bahagian hadapan penumpang, ciri eksklusif ini bagaimanapun tidak dapat dinikmati oleh pembeli di Malaysia.
Pilihan Trenkuasa

Zeekr X 2025 hadir dengan bateri LFP 49 kWj yang menyalurkan kuasa kepada motor elektrik di bahagian belakang dengan kapasiti 200 kW (268 hp). Model ini mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 5.8 saat. Apabila dicas penuh, ia mampu mencapai jarak pemanduan sejauh 420 km (CLTC).
Sementara itu, versi dengan bateri NMC 66 kWj pula ditawarkan dalam konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (4WD). Versi RWD menghasilkan 200 kW (268 hp), manakala 4WD menghasilkan 315 kW (422 hp). Dengan cas penuh, versi RWD boleh mencapai jarak 512 km dan 4WD 560 km (CLTC).
Senarai Harga Model Zeekr X 2025
- RWD, 49 kWj, 5 tempat duduk – RMB134,900 (~RM83,000)
- RWD, 66 kWh, 5 tempat duduk – RMB150,000 (~RM92,000)
- 4WD, 66 kWh, 5 tempat duduk – RMB184,900 (~RM114,000)
- RWD, 66-kWh, 4 tempat duduk – RMB184,900 (~RM114,000)
Zeekr X 2025 kini menawarkan keseimbangan antara ciri premium dan harga yang kompetitif, sejajar dengan strategi Zeekr untuk memperkukuhkan kehadirannya di pasaran China.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4090
SELANGOR
BSU3327
JOHOR
JF4792J
PULAU PINANG
PSG2933
PERAK
APM1304
PAHANG
CFH9748
KEDAH
KGJ4110
NEGERI SEMBILAN
NEM2359
KOTA KINABALU
SJU4874
KUCHING
QAB7358P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge