ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Beli Kereta Toyota Dengan EZ Value Plan – Ansuran Rendah Selama 7 Tahun

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Vios-2023-136.jpg


Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd (TCAPM) telah melancarkan skim pembiayaan terbaru, EZ Value Plan, yang lebih berpatutan untuk para pelanggan yang ingin memiliki kereta Toyota yang terbaru. 


Meningkatkan Kemampuan Pemilikan


Presiden TCAPM, Thomas Chai, menyatakan bahawa EZ Value Plan dirangka untuk meningkatkan kemampuan pemilikan kereta Toyota dengan bayaran bulanan tetap yang berpatutan.

“Matlamat kami adalah untuk menawarkan pilihan pembiayaan yang selaras dengan keperluan pelanggan kami,” tambah Chai.


Keistimewaan EZ Value Plan  Berbanding Pembiayaan 9 Tahun Biasa


web_Toyota-EZ-Value-Plan-1.jpgweb_Toyota-EZ-Value-Plan-2.jpg


Berbanding dengan skim pinjaman sewa-beli konvensional selama 9 tahun, EZ Value Plan lebih menarik dengan ciri-ciri berikut:
  1. Tempoh Pinjaman Lebih Pendek: Bayaran balik perlu dibuat dalam tempoh hanya 7 tahun.
  2. Bayaran Bulanan Lebih Rendah: Pelanggan dapat menikmati bayaran bulanan lebih rendah dengan menangguhkan sebahagian bayaran (balloon payment) pada akhir tempoh pinjaman.
  3. Pilihan Fleksibel Pada Akhir Tempoh Pinjaman (Bulan Ke-84): Pada akhir tempoh pinjaman, pelanggan boleh memilih sama ada untuk ,enyelesaikan baki bayaran dan memiliki kereta sepenuhnya atau menukar kereta kepada model Toyota baharu dengan menebus nilai trade-in di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian.

Model yang Ditawarkan


13340-Yaris-Campaign-2023---Lifestyle-Image-10-[06102023].jpgweb_FYD00487.jpg


Antara model yang boleh didapati dengan skim pembiayaan baharu ini termasuk:
  • Toyota Vios: Sedan kompak yang ditawarkan dari harga RM89,600.
  • Toyota Yaris: Hatchback kompak bermula dari RM88,000.
  • Toyota Corolla Cross: SUV segmen C yang kini diperbaharui dengan harga dari RM133,800.

Maklumat Lanjut


CariCarz_Vios-2023-019.jpg


Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi mana-mana pusat pengedaran sah Toyota terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan pembiayaan. Selain itu, butiran lengkap mengenai EZ Value Plan juga tersedia di laman web rasmi TCAPM.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM4033

SELANGOR

BST1783

JOHOR

JC9671J

PULAU PINANG

PSE9853

PERAK

APK9041

PAHANG

CFH5281

KEDAH

KGH6934

NEGERI SEMBILAN

NEL5481

KOTA KINABALU

SJT6619

KUCHING

QAB4435P

Terakhir Kemas Kini 25 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026
Berita Auto

Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut

Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.

24-08-2026
Berita Auto

Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini

Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.

23-08-2026
Berita Auto

Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya

Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.

23-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.