ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7Pro-Int-1.jpgweb_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-30.jpg


Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju? Sejak diperkenalkan hampir 10 tahun lalu, teknologi sambungan ini telah merevolusikan pengalaman dalam kenderaan. Walaupun kini kedua-duanya  ditawarkan di dalam banyak kenderaan, tidak semua model menawarkan versi sambungan tanpa wayar. Salah satu jenama yang hadir dengan ciri sambungan yang mudah tanpa wayar untuk kesemua modelnya ialah Chery. 


Sambungan Tanpa Wayar: Mudah dan Praktikal


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7Pro-Ext-4.jpgChery-Tiggo8Pro-Ext-14.jpg
Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7Pro-Int-19.jpgChery-Tiggo8Pro-Int-64.jpg


Dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, sambungan telefon pintar kepada sistem infotainmen Chery menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu menyambungkan telefon kepada sistem infotainmen melalui Bluetooth. Setelah sistem infotainmen menyimpan peranti yang dihubungkan, sambungan akan berlaku secara automatik setiap kali enjin kereta dihidupkan.


Navigasi Lebih Selamat dan Mudah


Chery-Omoda-E5-Interior-35.JPGChery-Tiggo8Pro-Int-4.jpg


Setelah sambungan dibuat dengan ‘sepantas kilat’, anda boleh terus memanfaatkan pelbagai aplikasi yang ditawarkan. Antara aplikasi yang penting bagi ramai pengguna ialah Google Maps atau Waze. Tanpa perlu mengalihkan perhatian kepada telefon pintar, navigasi menjadi lebih mudah dan selamat kerana semuanya terpapar jelas pada skrin infotainmen yang terletak pada paras pandangan mata pemandu. 


Pembantu Digital Peribadi


Chery-Omoda-E5-Interior-33.JPGCaricarz-MBA-Chery-Tiggo7Pro-Int-16.jpg


Sistem ini turut didatangkan dengan ciri pembantu digital peribadi, iaitu Google Assistant untuk Android Auto dan Siri untuk Apple CarPlay. Dengan hanya menggunakan suara (“Hi Google” atau “Ok Google” untuk Android Auto dan “Hey Siri” untuk Apple CarPlay) atau butang khas pada stereng untuk mengaktifkan ciri ini, pemandu boleh mengakses fungsi seperti menetapkan destinasi, menghantar mesej, menjawab panggilan dan memainkan lagu kegemaran. Penggunaan suara ini menjadikan pemanduan lebih selamat kerana pemandu tidak perlu menggunakan skrin sentuh.


Hiburan yang Mengasyikkan 


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7Pro-Int-2.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo7Pro-Int-12.jpg


Aplikasi muzik seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music juga disediakan untuk menjadikan pengalaman di dalam kenderaan lebih menyeronokkan. Menambahkan keasyikan, kesemua model Chery didatangkan secara standard dengan sistem audio premium Sony. 


Ciri Premium untuk Semua Model Chery


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7Pro-Rolling-6.jpgChery-Tiggo8Pro-Ext-33.jpgChery-Omoda-E5-Exterior-11.JPGChery-OMODA5-H-EXT-28.jpg


Untuk pasaran Malaysia, kesemua model Chery dilengkapi dengan ciri Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Ini termasuk Chery Omoda 5, Chery Tiggo 7 Pro dan SUV premium, Chery Tiggo 8 Pro. Pelanggan dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Chery yang terdekat untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan ciri canggih yang ditawarkan ini. 

Baca: Chery Tiggo 8 Pro Max Raih ANCAP 5 Bintang!


Promosi Menarik dari Chery Auto Malaysia


Chery-YearEndPromo-2024.jpg


Sempena hujung tahun, Chery Auto Malaysia menawarkan ganjaran sehingga RM15,000 untuk semua model Chery. Selain itu, pelanggan yang membeli kenderaan Chery bermula 1 hingga 31 Disember 2024 ini layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM150,000, termasuk hadiah utama sebuah Chery Omoda 5 C. Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Chery Auto Malaysia.

Baca: Ini 3 Benda Kakak Nak Dedah Tentang Tiggo 8 Pro!

Baca: [PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...

Chery-Omoda-E5-Interior-13.JPG

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX1952

SELANGOR

BSU8035

JOHOR

JG8592J

PULAU PINANG

PSH1946

PERAK

APM6992

PAHANG

CFJ3284

KEDAH

KGJ6927

NEGERI SEMBILAN

NEM4960

KOTA KINABALU

SJU9642

KUCHING

QAB9422P

Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

22-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
Berita Auto

12-10-2026
Berita Auto

08-10-2026
Berita Auto

04-06-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026

Berita Terkini

Teknologi

Jetour G700 Ark Edition Boleh Buat Apa Yang SUV Lain Tak Mampu

Mampukah SUV Anda 'Berenang'? Jetour G700 Ark Edition Buktikan Keupayaannya!

28-10-2026
Teknologi

Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video

Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.

23-02-2026
Teknologi

AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?

Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.

14-01-2026
Teknologi

Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208

Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.

16-12-2025
Teknologi

Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.

16-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
Teknologi

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.