ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Foxconn Juga Berminat Ambil Alih Nissan? – Benar Atau Sekadar Helah?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Foxconn-Logo-3x2.jpgweb_TA_CariCarz_FIrstDrive_Nissan-Kicks-e-Power_-14.jpg


Seperti yang kita sedia maklum, Nissan kini di ambang kejatuhan setelah laporan mendedahkan bahawa syarikat itu hanya memiliki tempoh ‘bernafas’ selama 12 hingga 14 bulan sahaja lagi. Di saat yang genting ini, jenama automotif yang pernah menjadi jenama nombor 1 di Jepun kini rancak mengatur strategi untuk menyelamatkannya daripada hilang dari radar pasaran. 


Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Nissan telah pun mengadakan perbincangan awal untuk bergabung dengan Honda. Namun kini muncul pemain ketiga, Foxconn, gergasi teknologi Taiwan, yang turut menyatakan minat untuk mengambil alih syarikat automotif Jepun ini.


Foxconn Intai Peluang Untuk Sertai Dunia Automotif


Menurut laporan The Wall Street Journal, sumber menyatakan bahawa Foxconn, yang terkenal sebagai pengeluar komponen terbesar iPhone Apple sedang berbincang untuk mengambil alih Nissan. Perbincangan ini melibatkan bahagian reka bentuk dan pembuatan kenderaan Nissan. Sekiranya pengambilalihan ini menjadi kenyataan, ia bakal menyebabkan perubahan besar dalam landskap industri automotif global.


Foxtron-ModelD-EV-Concept-2.jpgFoxtron-ModelD-EV-Concept-7.jpg


MPV EV Foxtron Model D merupakan salah satu daripada banyak kenderaan konsep yang dihasilkan Foxconn. Setakat ini, masih belum ada yang memasuki fasa pengeluaran.


Foxconn sebelum ini sudah pun terlibat dalam beberapa projek berkaitan automotif, termasuk pembangunan kenderaan elektrik (EV) konsep futuristik seperti Foxtron Model D. Walaupun projek tersebut belum mencapai fasa pengeluaran, minat Foxconn terhadap industri ini semakin ketara.


Foxconn Rancang Jadi Syarikat Automotif?


Foxconn-Logo.jpegFoxconn-Plant-China.jpg


Projek automotif Foxconn kini dipimpin oleh Jun Seki, bekas eksekutif Nissan, yang baru-baru ini mengetuai pelaburan bernilai USD 250 juta di sebuah taman industri di Vietnam untuk pengeluaran komponen EV. Pelaburan ini, bersama potensi pengambilalihan Nissan, menunjukkan kesediaan Foxconn untuk ‘terjun’ lebih dalam ke dunia automotif.


Menurut laporan, Foxconn bercadang menggunakan pendekatan serupa seperti dalam pembuatan iPhone, dengan memainkan peranan sebagai pengeluar kontrak. Kekuatan Nissan dalam teknologi casis dan badan kenderaan dijangka membantu Foxconn mempercepatkan proses menjadi sebuah syarikat pengeluar kereta.


Rancangan Strategik atau Tekanan kepada Honda?


Nissan-Honda-JV.jpgweb_Nissan-Honda-JV.jpg


Namun, beberapa laporan mendedahkan bahawa minat Foxconn terhadap Nissan mungkin sekadar helah untuk mempercepatkan perbincangan penggabungan antara Honda dan Nissan. Jika Foxconn berjaya menunjukkan komitmen untuk mengambil alih Nissan sepenuhnya, ia berkemungkinan memberi tekanan kepada Honda untuk mempercepatkan keputusan penggabungan.


Baca: Gabungan Honda & Nissan Bakal Jadi Kumpulan Automotif Ketiga Terbesar Dunia – Fokus Hasil EV


Impak Kepada Industri Automotif Jepun


Sekiranya penggabungan Honda-Nissan berjaya, industri automotif Jepun akan didominasi oleh dua kuasa besar, Honda-Nissan dan Toyota yang turut memegang kepentingan dalam jenama lain seperti Suzuki, Subaru, dan Mazda. Situasi ini berpotensi mengubah landskap industri automotif di Jepun dan dunia.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6572

SELANGOR

BSQ8458

JOHOR

JYY7513

PULAU PINANG

PSD1327

PERAK

APJ2534

PAHANG

CFG7913

KEDAH

KGG5227

NEGERI SEMBILAN

NEK6639

KOTA KINABALU

SJS4338

KUCHING

QAB125P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025
Global

15-10-2025
Kereta Baru

29-08-2025
Global

27-08-2025
EV

08-07-2025
EV

18-06-2025
Berita Auto

04-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.