MoT Teruskan Subsidi Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak dan Labuan Sehingga 2025

Kementerian Pengangkutan (MoT) akan meneruskan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak serta Labuan sempena musim perayaan utama bagi 2024 dan 2025.
MoT berkata, bantuan itu adalah bagi perayaan Krismas tahun ini, manakala untuk tahun depan pula sambutan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai serta Krismas.
"Pelaksanaan inisiatif ini akan ditambah baik dengan pemberian subsidi harga tiket penerbangan sehala kepada setiap penumpang bagi laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiket yang berharga lebih RM499.
"Harga ini tidak termasuk cukai dan fi. Penetapan harga maksimum RM499 ini adalah penurunan harga ambang ditetapkan sebelum ini, iaitu RM599," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, kenyataan itu berkata, kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal tiket penerbangan dengan harga maksimum berkenaan.
Berikut adalah jadual penetapan tarikh pelaksanaan tambang maksimum sempena musim perayaan tahun 2024 dan 2025:

Bagaimanapun, penetapan harga tambang tetap akan dilaksanakan bermula jam 00.01 pada 6 Disember ini dan orang ramai boleh membeli tiket melalui laman sesawang syarikat-syarikat penerbangan mulai tarikh itu.
Antara terma dan syarat tiket ialah perubahan tarikh atau pertukaran penerbangan tidak dibenarkan dan hanya sah untuk tarikh atau penerbangan yang ditunjukkan pada tiket, selain tiada pertukaran nama dibenarkan dan tiket penerbangan yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge