ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Honda City Facelift, Ada Varian Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda Thailand melancarkan Honda City Hatchback facelift 2024 yang telah dikemaskini di negaranya sendiri, baru-baru ini.

Honda segmen-B itu didatangkan dalam lima varian dimana tiga daripadanya disumbat dengan enjin petrol manakala dua lagi ialah rangkaian kuasa e-HEV. 

Difahamkan dari segi rangkaian kuasanya, ia masih kekal dimana enjin 1.0 liter VTEC tiga silinder sebaris berkuasa turbo menghasilkan kuasa setakat 122 PS dan tork 173 Nm.

Sementara itu, varian e-:HEV hibrid  menggunakan enjin 1.5 liter empat silinder yang dipadankan dengan motor berkembar i-MMD dan bateri.

image.png

Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan dari segi transmisi automatik CVT dan e-CVT  untuk model ini.

image.pngimage.png

Kali ini, Honda facelift ini   telah menerima penggayaan lebih segar dimana bampar depan dan belakang telah disemak semula manakaa varian RS yang sporty menerima lampu depan jenis LED, rim roda bersaiz 16-inci serta bumbung berwarna hitam.

image.pngimage.png

Pendek kata, model yang dilancarkan di Thailand ini sebenarnya lebih tertumpu kepada aspek keselamatan.

image.pngimage.png

Seperti mana sedan Honda City yang diperbaharui, model ini juga sarat dengan pelbagai ciri keselamatan dan lengkap dengan sistem ADAS.

Satu lagi kemas kini yang  boleh dilihat di dalam kabinnya ialah  semua varian SV dan RS yang ditawarkan di Thailand ini menerima skrin infotainmen skrin sentuh 8 inci.

Teknologi tersebut kini menawarkan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sekali gus  memudahkan pemanduan harian.

image.pngimage.png

Bagi pilihan warna, bagi model 1.0 Turbo, terdapat enam pilihan warna iaitu Taffeta White, Platinum White Pearl, Sonic Grey Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl dan Ignite Red Metallic.

image.png

Sementara it, bagi versi hibrid, e:HEV, turut mendapat enam pilihan warna iaitu, Platinum White Pearl, Sonic Grey Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl, Ignite Red Metallic dan Brilliant Sporty Blue.

Harga jualan Honda City City Hatchback Facelift 2024 ini ialah seperti berikut:

1. City 1.0 Turbo Hatchback S+ : 599,000 baht (RM79,700)

2. City 1.0 Turbo Hatchback SV : 679,000 baht (RM90,400)

3. City 1.0 Turbo Hatchback RS : 749,000 baht (RM99,800)

4. City e:HEV Hatchback SV : 729,000 baht (RM97,000)

5. City e:HEV Hatchback RS : 799,000 baht (RM106,400)

Sementara itu, Honda Malaysia dijangka memperkenalkan City Hatchback yang dipertingkatkan pada tahun ini dengan peningkatan yang sama seperti versi spesifikasi Thailand ini, 

Jangkakan versi pasaran Malaysia akan meneruskan pilihan sedia ada dengan enjin 1.5 liter i-VTEC 4-silinder dan 1.5-liter 4-silinder i-MMD hybrid seperti mana yang dibuat sekarang.

Teruskan bersama CariCarz.com untuk mengetahui berita selanjutnya mengenai Honda City Hatchback nanti.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPK6146

SELANGOR

BSG3946

JOHOR

JYD4632

PULAU PINANG

PRS4786

PERAK

ANX8957

PAHANG

CFC6718

KEDAH

KGB4256

NEGERI SEMBILAN

NEG4886

KOTA KINABALU

SJL7566

KUCHING

QAB6992L

Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.11

+0.03

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-07-2024
Global

08-02-2024
Global

26-12-2023
Global

18-12-2023
Global

22-03-2023
Global

21-03-2023
Global

13-03-2023
Berita Auto

17-05-2024

Berita Terkini

Global

smart #5 EHD Didedahkan – PHEV, Cecah 1,600 KM!

smart Automobile memperkenalkan varian hibrid plug-in (PHEV) sulungnya iaitu smart #5 EHD atau “Electric Hybrid Drive”.

18-07-2025
Global

SUV Mitsubishi Destinator Diperkenalkan, Khas Untuk ASEAN – Mungkin Tiba Di Malaysia?

Mitsubishi Jepun perkenalkan SUV baharu, Mitsubishi Destinator, yang dibangunkan berasaskan model DST Concept. Ini spesifikasinya...

18-07-2025
Global

Projek Hidrogen Stellantis Ditamatkan Secara Mengejut

Gergasi automotif global, Stellantis, mengejutkan ramai apabila mengumumkan penamatan program pembangunan teknologi sel bahan api hidrogennya.

18-07-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Lamborghini Temerario GT3 Diperkenalkan – Versi Litar, 523 HP

Hampir setahun selepas pelancaran supercar hibrid plug-in V8, Lamborghini Temerario, pengeluar kereta sport mewah Itali ini memperkenalkan jentera tersebut dalam versi litar, GT3, yang dinamakan Lamborghini Temerario GT3.

14-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
Global

Mazda CX-5 Generasi Baharu Didedahkan Secara Rasmi – Ini Perinciannya...

Mazda akhirnya memperkenalkan model serba baharu, Mazda CX-5 generasi ketiga, yang dijangka memasuki fasa pengeluaran tidak lama lagi.

11-07-2025
Global

Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.

10-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.