Jenama IM Motors Digantikan Kepada MG, Satu Langkah Strategik Agar Laris?
-full_normal.webp)
CarNewsChina melaporkan bahawa jenama kereta IM bakal ditukarkan kepada MG untuk pasaran Eropah dan Amerika Selatan. Langkah strategik ini bertujuan untuk memanfaatkan kejayaan MG di peringkat global dan meningkatkan jualan di pasaran antarabangsa.
Untuk makluman, kedua-dua syarikat, MG Motors dan IM Motors ialah subsidiari SAIC Motor Corporation Group. IM Motors ditubuhkan hasil kerjasama antara SAIC Motor Corporation Group, Taman Teknologi Tinggi Zhangjiang dan Alibaba Group.
-full_normal.webp)
Sementara itu, jenama ikonik British, MG Motors pula ditubuhkan di Oxford pada tahun 1924, sebuah legasi dengan sejarah yang panjang mencecah satu abad sebelum dipegang oleh SAIC Motor Corporation, pemiliknya yang kesembilan.
Berbeza dengan jenama MG, buat masa ini, model-model kereta di bawah jenama IM hanya dipasarkan di negara China, dengan jualan kumulatif pada tahun 2023 sebanyak 38,253 unit. Namun, angka ini jauh lebih rendah berbanding pesaing utamanya, Tesla, yang menjual lebih daripada 645,000 unit kenderaan pada tahun 2023, sementara itu, Xpeng pula menjual lebih daripada 121,000 unit dan Nio lebih daripada 160,000 unit.
-full_normal.webp)
Bagi meningkatkan prestasi jualan kenderaannya, SAIC sedang mempertimbangkan inisiatif penjenamaan semula jenama IM selain akan menggunakan model-model di bawah IM untuk memperbanyakkan lagi tawaran kenderaan dalam barisan produk MG.
Pada tahun 2023, MG Motors mencapai jualan global lebih daripada 840,000 unit, menjadikannya jenama automotif China dengan jumlah eksport tertinggi selama lima tahun berturut-turut dan menyumbang kira-kira 70% daripada jumlah jualan luar negara SAIC Group.
-full_normal.webp)
Jenama MG mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan di 16 buah negara termasuk Eropah Barat dan Australia dengan jualan mencapai 380,000 unit. Model yang terlaris, MG4 EV terjual lebih daripada 130,000 unit dan lebih 10,000 unit setiap bulan.
Penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang baru bagi SAIC Group, kerana beberapa model eksportnya pernah diberikan penjenamaan semula kepada MG. Antara model tersebut ialah Roewe Ei5 yang diberikan nama baharu MG5 dan EV Wuling Air yang dinamakan MG Comet dan MG Hector. Inisiatif ini terbukti berkesan kerana jualan model tersebut cukup memberangsangkan di negara India.
-full_normal.webp)
SAIC berharap untuk mencapai sasaran jualan 1.35 juta unit pada tahun 2024 melalui usaha penjenamaan semula ini untuk membatu memperkukuh kedudukan global syarikat subsidiarinya, terutamanya sempena sambutan ulang tahun ke-100 jenama MG tahun ini.
MG Motors akan melancarkan MG4 EV di Malaysia minggu ini. Maklumat lanjut akan menyusul.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4873
SELANGOR
BSN7518
JOHOR
JYU1156
PULAU PINANG
PSB1146
PERAK
APG3783
PAHANG
CFG456
KEDAH
KGF335
NEGERI SEMBILAN
NEJ9230
KOTA KINABALU
SJR1876
KUCHING
QAB4958N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat