Model Mana Yang Ada AACP? Kena Tunggu Pengumuman

Pengeluar kereta nasional Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan menyediakan sokongan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay (AACP) untuk beberapa model keretanya, mulai tahun ini.
Menurut Ketua R&D Proton, Mohd Haizam, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan anak syarikat teknologinya Aco Tech, yang turut membekalkan infotainmen kepada kereta Proton.
Apa yang mengejutkan, perisian AACP akan mula digunakan dengan X90 D-SUV dan bukannya sedan S70 yang lebih baharu.


โKami masih membangunkan AACP dengan pembekal kami, ACO Tech. Ia bukan dipasang pada S70, kami akan menggunakan X90, tetapi ia akan menjadi model kami yang seterusnya, model baharu yang akan datang,โ katanya.
Ini bermakna SUV X90 baharu ditetapkan untuk menjadi model Proton pertama yang mendapat sokongan Android Auto dan Apple CarPlay secara rasmi.

Pemilik X90 dijangka mendapat pengumuman rasmi mengenai pengemaskinian perisian over-the-air (OTA) dalam masa terdekat.
Malah, dalam barisan untuk mendapatkan kemas kini OTA ini ialah sedan S70, kerana kedua-dua unit infotainmen X90 dan S70 mampu menyokong fungsi berkenaan.
Bagi model Proton berasaskan Geely yang lain seperti X50 dan X70, Proton tidak membuat sebarang jaminan berhubung ketersambungan itu.
Ini kerana terdapat cabaran dari pelbagai aspek untuk menawarkan AACP bagi model lama. Umumnya, ia bergantung kepada peranti, kos dan juga perlesenan.

โSaya tak akan sebutkan model mana, yangperantinya tidak boleh dinaik taraf untuk tujuan ini.Sekiranya, kami mengemaskini perisiannya, cipnya tidak mampu menampung AACP,โโ kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.
Selain X90 dan S70, Proton juga ada memberi bayangan bahawa model baharu seterusnya akan mempunyai Android Auto dan Apple CarPlay sebagai satu ciri standard.


Walaupun Proton tidak menyebut mana-mana model nama tertentu, namun ada kemungkinan besar facelift X70 yang akan datang dilancarkan tidak lama lagi akan dilengkapi dengan AACP.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5204
SELANGOR
BSN7631
JOHOR
JYU1405
PULAU PINANG
PSB1295
PERAK
APG3874
PAHANG
CFG569
KEDAH
KGF514
NEGERI SEMBILAN
NEJ9258
KOTA KINABALU
SJR1924
KUCHING
QAB4971N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa Rating Keselamatan Proton X90 MC 2026 Ditarik Balik
๐๐๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐ซ๐จ๐ญ๐จ๐ง ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ญ๐๐ซ๐ข๐ค ๐๐๐ฅ๐ข๐ค. ๐๐ง๐ข ๐๐ง๐๐จ ๐ญ๐๐ซ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐๐ง ๐ฉ๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐ข ๐ค๐๐ซ๐๐ญ๐ ๐๐ซ๐จ๐ญ๐จ๐ง ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐.
15-03-2026
Berita Terkini
Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video
Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.
23-02-2026
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia โ 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti โbermain judiโ, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare โ Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama โsingaโ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng โpetakโ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat