Abang Bomba Tunjuk Cara Pegang Stereng Dengan Betul, Mungkin Ramai Dah Lupa

"Jangan pusing stereng macam tebar roti canai"!
Itu kata seorang anggota Bomba dan Penyelamat ketika menasihatkan orang ramai untuk memegang stereng kenderaan dengan betul seperti mana dipelajari sewaktu kelas memandu.
Cara memegang stereng yang diajar kebiasaannya dipanggil 10:2 atau 3:9 yang bermaksud tangan mengikut seperti nombor yang ada pada jam.
Menerusi video tersebut, anggota bomba menggesa orang ramai agar mengelakkan daripada membuat teknik roti canai iaitu dengan memusing stereng dalam keadaan kedua tangan seperti sedang membuat roti canai.
“Sebab tu kalau kita belajar memandu, kita pusing stereng 10:2 atau 3:9 kan. Sebab apa tak boleh roti canai?

“Kalau kita amalkan roti canai kalau kecemasan keluar beg udara boleh melekat tangan pada dahi,” katanya.
Malah, anggota bomba itu turut mendakwa ada sesetengah pemandu yang lebih selesa meletakkan tangan di bahagian tengah stereng.
Tindakan itu sebenarnya cukup bahaya terutama jika terlibat dalam kemalangan.
Menurutnya,, sekiranya beg udara keluar disebabkan kemalangan dan sebagainya ia boleh menyebabkan jari pemandu patah.
“Bila dah kecemasan seperti tertidur, namun sudah jadi tabiat memandu macam ni terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan dan menyebabkan beg udara keluar, jadi habislah jari patah.
“Elok-elok tak ada sakit, patah jari, sebab tu orang tak bagi roti canai,” katanya lagi.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5204
SELANGOR
BSN7631
JOHOR
JYU1405
PULAU PINANG
PSB1295
PERAK
APG3874
PAHANG
CFG569
KEDAH
KGF514
NEGERI SEMBILAN
NEJ9258
KOTA KINABALU
SJR1924
KUCHING
QAB4971N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Ini 3 Sebab Kenapa Anda Jangan Guna Kaki Kiri Dalam Kereta Auto
Ketahui 3 bahaya besar jika anda memandu kereta auto menggunakan dua kaki.
05-04-2026
Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula
Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?
27-03-2026
Cara Lindungi Kad NFC Touch 'n Go Akibat Bahang Kereta
Tips Penting: Elak Kad Touch 'n Go Daripada Melengkung Musim Panas Ini.
26-03-2026
Jenis Tinted Kereta 2026: IRR, UVR, dan TSER
Info Tinted 2026: Jangan Keliru Lagi Dengan IRR, UVR, dan TSER
26-03-2026
Tanda Bateri Kereta Kong yang Ramai Tak Sedar, Elak Terkandas
Awas! 5 Tanda Bateri 'Nyawa-Nyawa Ikan', Jangan Sampai Menangis Tepi Highway PLUS Tengah Malam.
25-03-2026
Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa Jerry Can Lebih Kuat & Selamat
Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa JANGAN Guna Tong Biasa untuk Petrol.
25-03-2026
Bolehkah Isi RON95 Ke Dalam Tong, Masih Ramai Keliru
Jangan Jadi 'Mangsa' Seterusnya Di Stesen Minyak, Fahami Pantang Larang Isi RON95 Dalam Tong.
25-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat