Mercedes-Benz G-Class Kini Dengan Sistem MHEV 48 Volt!
Sofea Najmi
28-3-2024
Mercedes-Benz telah mengemaskini SUV ikoniknya, G-Class, dengan semua varian kini dilengkapi dengan sistem hibrid ringan 48 volt. Sistem baharu ini kini didatangkan secara standard kepada G-Class G550 dan AMG G63, yang datang dalam bentuk pemula generator terintegrasi (ISG) yang dikuasakan oleh pek bateri 48 volt yang kecil.
CIRI MEKANIKAL G550
G-Class G550 yang dikemaskini tidak lagi dilengkapi dengan enjin V8.
G-Class G550, yang sebelum ini menggunakan enjin V8 kini dikuasakan oleh enjin enam silinder turbo 3.0 liter, yang digabungkan dengan sistem MHEV ISG 20 hp. Dengan output sistem keseluruhan sebanyak 443 hp dan 560 Nm, versi kali ini menghasilkan 27 hp lebih tinggi berbanding dahulu, tetapi dengan output tork yang 50 Nm lebih rendah.
Bagi mengatasi isu kekurangan tork, Mercedes-Benz telah membuat perubahan pada sistem transmisi automatik 9 kelajuan yang digunakan untuk penghantaran tork rendah yang lebih baik.
CIRI MEKANIKAL AMG G63
AMG G63 masih menggunakan trenkuasa V8 yang sama seperti model terdahulu, kini dengan sistem MHEV.
AMG G63 menggunakan sistem MHEV ISG yang sama seperti pada G550, sistem ini digabungkan dengan enjin V8 biturbo 4.0 liter seperti pada model terdahulu. Walaupun gabungan sistem trenkuasa baharu ini tidak meningkatkan output keseluruhan jentera yang masih kekal dengan angka 577 hp dan 850 Nm, Mercedes-Benz memaklumkan bahawa ISG membantu meningkatkan respon rendah atau low-end serta menjadikan tahap penggunaan bahan apinya lebih menjimatkan berbanding versi ICE.
Selain penggunaan sistem MHEV, SUV Mercedes-AMG G63 kini turut dilengkapi dengan sistem suspensi kawalan aktif yang baharu. Sistem ini berfungsi untuk meningkatkan kualiti pengendalian kereta di pelbagai jenis permukaan. Sistem suspensi ini didatangkan dengan peranti kawalan hydraulic roll, menggantikan bar anti-roll yang lama.
REKAAN & KELENGKAPAN G550 & AMG G63
Dari segi reka bentuk, kedua-dua G550 dan AMG G63 masih mengekalkan reka bentuk SUV ‘kotak’ yang ikonik.
Beberapa sentuhan reka bentuk istimewa yang diberikan pada AMG G63 termasuk reka bentuk gril depan AMG Panamericana, ekzos ‘quad’ AMG, kemasan gentian karbon di pelbagai sudut kenderaan dan beberapa pilihan rim, termasuk yang direka khas untuk penggunaan off-road dengan tayar General Grabber HTS yang lasak.
Sementara itu, untuk bahagian kabin, perubahan terbesar pada kedua-dua G-Class adalah penggunaan sistem infotainmen MBUX terkini yang menampilkan paparan dua skrin dengan kawalan sentuhan. Model G550 kini memiliki layout kawalan digital Offroad Cockpit serta ciri transparent hood yang diambil daripada EQE SUV.
Ciri tambahan lain adalah termasuk pemegang cawan yang boleh dipanaskan dan didinginkan, pad pengecas tanpa wayar, serta pelbagai pilihan upholsteri untuk tempat duduk dan kemasan kabin. Turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan adalah skrin sentuh bersaiz 11.6 inci untuk penumpang belakang.
HARGA G550 & AMG G63
Mercedes-Benz G-Class yang dikemaskini dijangka akan tiba di pasaran antarabangsa yang terpilih pada penghujung tahun ini. Namun harga jualan sebenar kedua-dua model yang telah dikemaskini ini masih belum didedahkan, yang pasti, bakal dipasarkan pada harga yang lebih tinggi berbanding harga semasa iaitu $150,000 (~RM709,087) untuk G550 atau $190,000 (~RM898,177) untuk G63.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPB9355
SELANGOR
BSE4236
JOHOR
JXW4452
PULAU PINANG
PRQ3165
PERAK
ANV3102
PAHANG
CFB6508
KEDAH
KGA4128
NEGERI SEMBILAN
NEF6945
KOTA KINABALU
SJK7161
KUCHING
QAB2987L
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Terkini
Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707
Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.
30-04-2025
Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!
Selepas hampir empat tahun berada di pasaran, Ferrari 296 akhirnya menyertai barisan eksklusif model "Speciale".
30-04-2025
Ini Dia Info Chery Tiggo 4 HEV CSH, Enjin 1.5 Liter, Boleh Gerak Lebih 1,000 KM?
Tiggo 4 HEV bakal menembusi pasaran tempatan, tidak lama lagi.
29-04-2025
SAH: Omoda C3 Didedah, Sah Masuk Malaysia
Chery buat julung kalinya, menayangkan SUV kompak terbaharunya, Omoda C3 di Wuhu, wilayah Anhui, China, baru-baru ini.
28-04-2025
Auto Shanghai 2025: Ini Dia Kereta Konsep Mercedes Benz, Vision V, Rekaan Melampau!
Mercedes-Benz mendedahkan kereta konsep terbaharunya, Mercedes-Benz V Vison yang pada Auto Shanghai 2025, baru-baru ini.
28-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?
Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan di Malaysia pada bulan depan.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia
Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8
Lepas L8 diperkenalkan sebagai sebuah SUV segmen D.
25-04-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat