ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMB-gs3-launch.png


WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), telah secara rasminya melancarkan SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM. Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Exclusive dan Premium-R dengan harga jualan bermula daripada RM118,900.


CIRI MEKANIKAL GAC GS3 EMZOOM 


WhatsApp-Image-2024-04-18-at-8.18.36-PM.jpeg


GAC GS3 EMZOOM dikuasakan oleh enjin yang berkuasa dan efisien, 1.5 liter turbo berpengecas turbo berkuasa 175 hp pada 5,500 rpm dan tork 270 Nm pada 1,400 rpm. Model ini mampu mencapai 0-100 km/j dalam masa hanya 8.0 saat. Kadar penggunaan bahan apinya ialah 5.9 liter/100 km. 


Dibangunkan berdasarkan platform GPMA yang terkini, model ini berukuran 4,410 mm panjang, 1,850 mm lebar, dengan jarak antara roda 2,650 mm.


REKA BENTUK LUARAN GAC GS3 EMZOOM 


GAC-GS3-Emzoom-CBU-Launch-WhatsApp-(11).jpgGAC-GS3-Emzoom-CBU-Launch-WhatsApp-(7).jpg

GAC-GS-3-Emzoom_6.jpgGAC-GS-3-Emzoom_-7.jpg


Dari segi rekaan, GAC GS3 EMZOOM diberikan beberapa elemen futuristik seperti gril Mecha Wing, lampu hadapan jenis LED Laser Eye Split dan lampu belakang Light Dart. Sementara itu, spoiler belakangnya menyerlahkan ciri agresif kereta. Bahagian lain yang menarik adalah penggunaan pemegang pintu jenis terbenam seperti yang biasa kita lihat pada kenderaan elektrik (EV). Turut ditawarkan ialah R-Style Sport Package dan R-Style Sport Exhaust. 


KABIN GAC GS3 EMZOOM 


GAC-GS-3-Emzoom_3.jpgGAC-GS-3-Emzoom_4.jpg


Ruang kabinnya terasa agak luas, menjanjikan keselesaan untuk semua penumpang. Kemasan dua warna yang sedap dipandang iaitu gabungan biru dan hitam untuk menaikkan aura kabin. Salah satu ciri menarik yang dapat dilihat ialah tombol gear kristal yang sofistikated. 


Antara kelengkapan standard yang disediakan ialah infotainmen skrin sentuh bersaiz 10.25 inci dengan sambungan tanpa wayar Apple CarPlay, sistem kamera keliling, pendingin hawa automatik serta penghidup enjin jarak jauh. Varian lebih tinggi, Premium R, diberikan ciri tambahan port pengecas USB-C, pengecas tanpa wayar serta pencahayaan ambien. 


CIRI KESELAMATAN GAC GS3 EMZOOM 


WhatsApp-Image-2024-04-18-at-8.20.04-PM.jpeg


GAC GS3 EMZOOM dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan standard iaitu dwi udara hadapan, dwi beg udara sisi,  pandangan titik buta (BSV), cangkuk ISOFIX tempat duduk kanak-kanak, sistem pemantau tekanan tayar (TPMS), prohgram kestabilan elektronik (ESP), bantuan kekal bukit dan brek parkir elektronik dengan ciri autohold. 


Sistem ADAS adalah termasuk:

  • Kawalan jelajah adaptif (ACC)
  • Brek kecemasan automatik (AEB)
  • Amaran pelanggaran hadapan (FCW)
  • Sistem pengenalpastian tanda trafik (TSR) 
  • Amaran keluar lorong (LDW)
  • Kawalan had kelajuan pintar (ISLC)


Varian Premium R diberikan ciri tambahan bantuan lampu suluh tinggi (HMA) dan bantuan parkir automatik fusion (FAPA). Ciri lain yang hanya ditawarkan pada varian ini ialah beg udara tingkap dan kawalan turun bukit.


HARGA JUALAN GAC GS3 EMZOOM 


GAC-GS3-Emzoom-CBU-Launch-WhatsApp-(6).jpgGAC-GS3-Emzoom-CBU-Launch-WhatsApp-(10).jpg


GAC GS3 EMZOOM akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu putih Ivory White, perak Starlight Silver, biru Lake Blue dan kelabu Graphene Grey dengan harga jualan RM118,900  untuk varian Exclusive, dan RM 128,900 untuk varian Premium R. 


WTCA menawarkan Pakej Pelancaran Istimewa untuk 2000 pelanggan terawal yang termasuk:

  • Servis berjadual percuma sebanyak tiga kali termasuk upah, alat ganti dan minyak pelincir. 
  • Waranti enjin dan trenkuasa selama 7 tahun atau 180,000 km (untuk pendaftar kenderaan yang pertama) sebagai tambahan kepada waranti standard 5 tahun atau 150,000 km. 
  • Pelanggan terawal juga akan menerima GAC Smart Watch Key.


GAC-GS-3-Emzoom_11.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS3613

SELANGOR

BSN6975

JOHOR

JYT9447

PULAU PINANG

PSB432

PERAK

APG3478

PAHANG

CFF9999*

KEDAH

KGE9768

NEGERI SEMBILAN

NEJ9052

KOTA KINABALU

SJR1737

KUCHING

QAB4916N

Terakhir Kemas Kini 01 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2025
Kereta Baru

14-10-2024
Pandu Uji

01-10-2024
Berita Auto

16-08-2024
Kereta Baru

10-08-2024
Gaya Hidup

28-06-2024
Berita Auto

16-05-2024
Kereta Baru

18-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Vibe' SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Kereta Baru

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.