Honda City Hatchback, Harga Tak Mahal Sangat

Honda Malaysia secara rasminya melancarkan Honda New City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM85,900.

Ia didatangkan dalam varian S (RM85,900), E (RM90,9000, V (RM95,900), Petrol RS (RM100,900) dan e:HEV RS (RM112,900).
Menjengah bahagian luarannya, New City Hatchback menerima bahagian luaran yang cukup bertenaga dan sporty.


Ia hadir dengan jeriji Honeyccomb, lampu nyaalan siang hari jenis LED, rim aloi Berlina bersaiz 16 inci.
Difahamkan, varian petrol RS dan e:HEV RS kini lebih panjang dimana ukuran panjang kedua-dua varian ini adalah 4,369 mm, manakala varian S, E dan V pula sepanjang 4,350 mm.
Menjengah bahagian dalamannya, varian RS kini menampilkan panel papan pemuka berwarna merah manakala tempat duduk jenis kulit Combi dengan kemasan jahitan merah.


Malah, varian RS dan e:HEV RS dilengkapi dengan Audio Paparan 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay™ dan Android Auto, serta terdapat juga kluster meter TFT 7 inci.
Lebih menarik, Honda New City Hatchback kini didatangkan ciri-ciri Honda Sensing seperti:
1. Low Speed Follow (LSF) – new feature applicable for e:HEV RS only
2. Lead Car Departure Notification (LCDN) – new feature for all variants
3. Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
4. Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
5. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)Lane Keep Assist System (LKAS)
6. Road Departure Mitigation (RDM)
7. Amaran Keluar Lorong (LDW)
8. Auto High Beam (AHB)
Selain itu, kesemua varian dilengkapi dengan enam beg udara dan Walk Away Auto Lock.
Terdapat juga kamera undur pelbagai sudur untuk semua varian kecuali varian S.
Sementara itu, varian RS dan V dilengkapi dengan Honda LaneWatch bagi meningkatkan lagi penglihatan titik butanya.


Dari segi trenkuasa, varian tanpa hibrid, ia dijanakan oleh enjin 1.5 liter naturally-aspirated empat-silinder sebaris DOHC i-VTEC dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 121 PS (119 hp atau 89 kW) pada tork 145 Nm.
Sementara itu, varian e:HEV RS, ia dilengkapi dengan sistem hibrid Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang sama, dengan roda hadapannya dipacukan oleh motor elektrik berkuasa 109 PS (107 hp atau 80 kW) dan tork 253 Nm.
Berikut adalah pilihan warna:

Bagi yang berminat, kesemua varian didatangkan dengan waranti lima-tahun tanpa had perbatuan dan kos buruh percuma (terhad untuk lima kali servis dalam tempoh 100,000 km atau lima-tahun) manakala varian hibrid juga diberikan waranti lapan-tahun tanpa had perbatuan untuk baterinya.
Untuk keterangan lanjut, layari www.honda.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6956
SELANGOR
BSQ2742
JOHOR
JYX1342
PULAU PINANG
PSC4394
PERAK
APH5907
PAHANG
CFG5630
KEDAH
KGG1527
NEGERI SEMBILAN
NEK4601
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 24 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat