Kenapa Proton X50 Laku Keras?
Proton X50 melakar sejarah sendiri apabila 110,000 unit model SUV segmen-B itu sudah dijual sejak ia dilancarkan pada tahun 2020.
Jualan model itu dlihat mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV terlaris di Malaysia sepanjang empat tahun lalu.
Setakat ini, Proton telah mengeksport model X50 tidak kurang daripada 11 pasaran yang menggunakan versi pemanduan sebelah kanan (RHD).
Antaranya ialah Brunei, Bangladesh, Bermuda, Barbados, Fiji, Mauritius, Nepal, Afrika Selatan, Trinidad dan Tobago, serta Papua New Guinea.
Menurut Proton menambah bahawa jarak tempuh terkumpul yang diperoleh oleh unit yang dieksport ini meliputi hampir 4.1 bilion kilometer.
Sama seperti popularity Geely Binyue, model Geely pemanduan sebelah kiri yang menjadi asas kepada PROTON X50, sudah terjual lebih daripada 770,000 unit di seluruh dunia.
Maka, tidak hairanlah mengapa Proton sanggup melakukan beberapa peningkatan untuk model Proton X50 2024 dengan menjanjikan teknologi canggih dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.
Seperti mana yang dilaporkan semalam, Proton mengesahkan bahawa model Proton X50 RC ini hanya menerima penambahbaikan yang berskala kecil.
Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah pada sistem infotainmen bersaiz 10.3 inci dengan menampilkan sistem procesor quad-core baharu yang lebih responsif.
Paparan infotainmen itu menampilkan ciri keselamatan yang diperbaharui oleh PROTON iaitu kamera 360-darjah yang kini lebih berdefinisi tinggi dan jelas serta paparan langsung 3D.
Antara perubahan lain yang dilakukan ialah varian Premium dan Flagship, X50 2024 dilengkapi dengan power tailgate.
Jad, bagi meneruskan legasi pendahulunya sebagai peneraju dalam kategori SUV, PROTON X50 menetapkan standard baharu dengan peningkatan produk yang mengambil kira maklum balas dari pelanggan.
Proton X50 kini ditambah dengan lebih 20 posisi NVH (Noise, Vibration dan Harshness).
Ia bertujuan untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan lancar.
Berikut adalah perincian mengenai varian dan harga:
• -1.5T Standard - RM86,300
• -1.5T Executive - RM93,300
• -1.5T Premium - RM101,800
• -1.5T Flagship - RM113,300
Dengan harga yang dilihat agak berbaloi, ini adalah punca utama Proton X50 laku keras baik di dalam negara mahupun di pasaran antarabangsa.
Selain harga, reka bentuknya yang cukup sporty membuatkan ramai anak muda tergoda dengan SUV ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPN3720
SELANGOR
BSG9614
JOHOR
JYE8716
PULAU PINANG
PRT2659
PERAK
APA1493
PAHANG
CFD1696
KEDAH
KGB7425
NEGERI SEMBILAN
NEG6958
KOTA KINABALU
SJM817
KUCHING
QAB9032L
Terakhir Kemas Kini 13 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.94
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.14
+0.03
Terakhir Kemas Kini 07 Aug, 2025
Berita Terkini
Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya
Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.
12-08-2025
Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?
SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.
12-08-2025
KKR Jamin Projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) Dari Ketereh-Kok Lanas Siap Tahun Depan
Projek KBKK tertangguh disebabkan proses pengambilan balik tanah, penyelarasan utiliti, kekurangan tenaga kerja, cuaca tidak menentu, dan kenaikan harga bahan binaan.
12-08-2025
Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta
Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.
12-08-2025
Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas
Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.
12-08-2025
AMH Harap Pengambilan Tanah Untuk Projek WCE di Kampung Jawa Diselesai
AMH menggesa kerajaan menyelesaikan pengambilan tanah di Kampung Jawa, Klang dengan segera.
11-08-2025
Skuter Elektrik, Yadea Velax Dilancar, Boleh Capai 105 KM, Harga Cuma RM4,699 Tetapi Selepas Rebat MariiCas
Yadea Malaysia memperkenalkan skuter elektrik terbaharunya, Yadea Velax ke pasaran tempatan, baru ini.
11-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat