Cari Kereta Terpakai Di CariCarz Automall, Semuanya Berkualiti

CariCarz Automall yang menjual pelbagai model kereta terpakai berkualiti tinggi, sudah pun memulakan operasi perniagaan secara fizikal di The Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ini kerana sebelum ini, CariCarz Automall menjual kereta terpakai mereka secara dalam talian menerusi platform CariCarz.com.

Apa yang cukup menarik ialah CariCarz Automall kini menjadi pengantara dengan menghubungkan pembeli dengan pengedar dan penjual kereta terpakai secara terus.
Pada masa yang sama, CariCarz Automall juga bertindak sebagai laluan terbaik untuk pengedar dan penjual kereta terpakai untuk mempamerkan tawaran kenderaan terbaik mereka secara terus kepada pembeli.
Untuk makluman, kawasan itu boleh memuatkan hampir 600 kenderaan terpakai untuk dijual.


Malah, semua kereta terpakai yang dipamerkan di sini memenuhi standard kualiti yang ketat yang ditetapkan oleh CariCarz.
Semua kenderaan yang dipamerkan di CariCarz Automall itu turut diperiksa terlebih dahulu dengan teliti terutama dari segi kualiti dan keadaan sesebuah kereta.

Untuk itu, semua kereta terpakai yang dipamerkan di CariCarz Automall dipilih secara khusus, dan pihak syarikat tidak menawarkan kereta yang berusia lebih daripada 15 tahun.
Dalam erti kata lain, anda tidak akan menemui mana-mana kereta yang tidak menepati standard yang dipamerkan di situ memandangkan pihak syarikat telah melaksanakan pemeriksaan yang cukup ketat sebelum kenderaan itu dijual kepada para pelanggannya.

Selain itu, pihak pengurusan syarikat turut menawarkan perkhidmatan buggy bagi memudahkan para pelanggan meninjau dereta kereta yang dipamerkan di situ.
Tidak ketinggalan terdapat juga ruang untuk membolehkan para pelanggan untuk memandu uji kereta sebelum mereka membuat keputusan untuk membelinya.

Bukan setakat itu sahaja, CariCarz Automall turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk Delivery Bay, ruang lounge untuk pelanggan, surau dan ruang permainan untuk kanak-kanak.


Sehubungan itu, bagi para pelanggan yang membeli kenderaan terpakai dari CariCarz Automall, mereka akan menerima waranti selama setahun serta jaminan wang dikembalikan namun tertakluk kepada syarat dan terma.

Bagi yang berminat, CariCarz Automall dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
CariCarz Automall terletak di Parking Level 3A, The Strand Mall, Jalan PJU 5/22, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi CariCarz Automall di 018-900 8671.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB1354
SELANGOR
BSQ4959
JOHOR
JYX6846
PULAU PINANG
PSC6605
PERAK
APH8479
PAHANG
CFG6591
KEDAH
KGG3241
NEGERI SEMBILAN
NEK5427
KOTA KINABALU
SJS1686
KUCHING
QAB9247N
Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berjaya Kutip Dana RM3 Juta Untuk Kembangkan Bisnes
Pasaran automotif paling pesat berkembang dan platform berita digital, Caricarz melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mendapatkan dana sebanyak RM3 juta
20-12-2021
Berita Terkini
KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini
Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!
03-06-2026
XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000
XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.
03-06-2026
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok
Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.
03-06-2026
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan
Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...
03-06-2026
JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan
Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.
03-06-2026
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM
Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.
03-06-2026
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem
Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.
01-06-2026
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat