EV Jadi Pilihan Golongan M40, Kereta Mampu Milik Golongan B40 – Kenanga Research
Pusat 3S syarikat pengeluar EV, BYD, di Hartamas Shopping Centre.
Rakyat Malaysia kini semakin ramai memilih kereta mampu milik dan kenderaan elektrik (EV), didorong oleh peralihan kepada kenderaan yang lebih cekap tenaga dan jimat bahan api, dedah Kenanga Research.
Segmen Kereta Mampu Milik & Golongan B40
Kenanga Research menyatakan segmen kereta mampu milik lebih menarik perhatian golongan B40. Ini didorong oleh kesan rasionalisasi subsidi terhadap bahan api dan manfaat pengenalan gaji progresif.
Selain itu, kenaikan gaji sebanyak 13% kepada kebanyakan penjawat awam pada Disember 2024 kelak dijangka bakal memulihkan kuasa perbelanjaan pengguna yang terkesan ekoran isu inflasi yang tinggi.
EV Jadi Pilihan Golongan M40
Menurut Kenanga Research, kumpulan M40 pula cenderung memilih EV. Ini berlaku kerana pengguna ingin mengurangkan kos minyak disebabkan pelaksanaan subsidi bahan api oleh kerajaan.
Baca: Jenama EV Proton, e.MAS Diuruskan PRO-NET
Pendapatan Industri Automotif Semakin Stabil
Kenanga Research mendapati pendapatan industri automotif kian stabil, termasuk tempahan tertunggak sebanyak 200,000 unit pada akhir Mei 2024. Lebih separuh daripada tunggakan tempahan tersebut terdiri daripada model baharu. Trend ini berkemungkinan berterusan sepanjang 2024 ekoran pelbagai pelancaran model kereta baharu.
Baca: EV Lagi Laris Dari Hibrid Di Malaysia? BYD, Tesla Teratas
Sokongan Jualan Kenderaan
Proton dijangka akan memperkenalkan EV baharu pada hujung tahun ini di bawah jenama Proton e.MAS.
Tambah firma tersebut, “Jualan kenderaan juga akan disokong oleh kenderaan elektrik bateri (BEV) baharu dengan adanya pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (SST) dan insentif kemudahan EV lain sehingga 2025 untuk diimport sepenuhnya (CBU)."
Unjuran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV)
Unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 740,000 unit dikekalkan, penurunan sebanyak 8% pada 2024 seperti yang diramalkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Kenangan Research menganggap pertumbuhan sektor automotif negara sebagai ‘neutral’.
Sumber: Utusan
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG8079
SELANGOR
BSF6011
JOHOR
JYA7582
PULAU PINANG
PRR6145
PERAK
ANW8143
PAHANG
CFC2187
KEDAH
KGB147
NEGERI SEMBILAN
NEG2793
KOTA KINABALU
SJL3651
KUCHING
QAB5328L
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.14
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.81
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.01
+0.07
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Berita Terkini
Ini Dia Volkswagen ID.Buzz AD Versi Pengeluaran – Tidak Perlu Pemandu, Lancar Tahun Depan
Volkswagen menerusi subjenama mobiliti, MOIA, telah memperkenalkan versi pengeluaran bagi van elektrik autonomi yang pertamanya, Volkswagen ID.Buzz AD.
20-06-2025
Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia
Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.
19-06-2025
Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM
Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.
19-06-2025
Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja
Skuter elektrik yang cukup bergaya, Yadea GT20 sudah dilancarkan di Malaysia.
18-06-2025
Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart
PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
18-06-2025
Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj
ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.
18-06-2025
Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan
Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.
17-06-2025
Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans
Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.
17-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat