Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888
![]()
Sebentar tadi, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+. Model ini ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM539,888, atas jalan, tidak termasuk insurans.
TRENKUASA MERCEDES-AMG GLA 45 S 4MATIC+
Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa 421 hp dan tork 500 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik dwi-klac (DCT) 8 kelajuan AMG Speedshift dan sistem 4Matic+.
Sistem trenkuasa ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 4.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 270 km/j.
REKA BENTUK MERCEDES-AMG GLA 45 S 4MATIC+






Dari segi rekaan, Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ diberikan pembaharuan kecil seperti apron baharu dengan logo Affalterbach AMG pada bonet, lengkungan roda dalam warna badan, rekaan lampu hadapan dan belakang baharu, serta rim AMH 21 inci.


Beberapa bahagian badan diberikan kemasan berwarna hitam berkilat seperti perumah cermin sisi, spoiler belakang, ekzos AMG dan banyak lagi.
KABIN MERCEDES-AMG GLA 45 S 4MATIC+




Memasuki ruang kabin, dapat dirasakan aura sporty Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ yang didatangkan standard dengan tempat duduk sport. Turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan ialah tempat duduk sport versi AMG Performance yang hadir dalam balutan kulit sintetik Artico dan gentian fiber MICROCUT. M
Dari segi teknologi, model ini menggunakan sistem infotainmen dengan MBUX terkini yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Skrin infotainmen dan kluster instrumen yang digunakan kedua-duanya berukuran 10.25 inci. Stereng yang digunakan ialah jenis multi-fungsi AMG Performance generasi terkini dalam balutan Nappa/gentian fiber MICROCUT.
Kelengkapan lain ialah port pengecasan USB berkuasa tinggi dan port USB-C, pencahayaan ambien 64 warna dan kawalan pendingin hawa automatik THERMOTRONIC, sistem audio Burmester dengan 12 speaker (output 710 watt). Yang menariknya, pengguna boleh memilih efek bunyi AMG Real Performance Sound untuk ngauman enjin turbo di dalam kabin.
KESELAMATAN MERCEDES-AMG GLA 45 S 4MATIC+

Dari segi keselamatan, AMG GLA 45 S 4MATIC+ didatangkan dengan Driving Assistance Package, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Brake Assist, Exit Warning Assist dan beg udara sisi di belakang. Turut ditawarkan ialah KEYLESS-GO Convenience Package, bukaan ruang kargo belakang EASY-PACK, HANDS-FREE ACCESS, GUARD 360° Vehicle Protection Plus dan sistem pemantau tekanan tayar.
HARGA MERCEDES-AMG GLA 45 S 4MATIC+
Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM539,888, atas jalan, tanpa insurans. Harga adalah termasuk perlindungan standard selama 4 tahun tanda had perjalanan daripada MBM.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQU7694
SELANGOR
BSP4206
JOHOR
JYV3172
PULAU PINANG
PSB5837
PERAK
APG8480
PAHANG
CFG2950
KEDAH
KGF4577
NEGERI SEMBILAN
NEK2058
KOTA KINABALU
SJR4858
KUCHING
QAB5982N
Terakhir Kemas Kini 27 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat