ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Beratur Walau Panas Terik Demi Diskaun Saman Trafik 50 Peratus Di Cyberjaya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_SN_bayar-saman-trafik-pdrm_3.JPG


Kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun hingga 50% sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 telah menjadi tumpuan ramai. Tawaran istimewa ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang, lapor Bernama. 


Ramai Beratur Walaupun Cuaca Panas


Setakat pukul 1.30 tengah hari, ramai pengunjung masih beratur panjang untuk melunaskan saman trafik masing-masing walaupun dalam keadaan cuaca panas terik.


CariCarz_SN_bayar-saman-trafik-pdrm_2.JPG


Antara mereka ialah ahli perniagaan S. Selvarajah, 72, yang datang untuk membayar satu saman trafik milik saudaranya. "Ia sangat membantu apabila kerajaan menganjurkan program seumpama ini bagi memudahkan orang ramai membayar saman," katanya.


Seorang peniaga dalam talian, Nursyikin Samad, 45, yang beratur sejak 8.30 pagi, turut berpendapat bahawa tawaran diskaun ini sangat memudahkan urusannya untuk membayar saman dengan segera. "Tawaran ini memang baik tetapi masa beratur menunggu giliran tu agak lama, dan dalam cuaca panas ini ia agak sukar untuk saya berdiri lama," katanya yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur.


CariCarz_SN_bayar-saman-trafik-pdrm_1.JPG


Ahli perniagaan Cheng Zhe Tiong, 34, juga berpendapat bahawa inisiatif PDRM ini harus dilaksanakan dengan lebih kerap di setiap daerah atau negeri.


Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan


Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berkonsepkan karnival rakyat ini diadakan dengan tujuan untuk menyuburkan semangat kenegaraan dan patriotisme, selain memulakan kiraan detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya dan sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.


Untuk maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 serta pelbagai program yang diadakan sepanjang bulan kebangsaan, layari laman web merdeka360.my.


Sumber: Bernama


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPQ2830

SELANGOR

BSH3964

JOHOR

JYF6901

PULAU PINANG

PRT5341

PERAK

APA5813

PAHANG

CFD3170

KEDAH

KGB9724

NEGERI SEMBILAN

NEG8365

KOTA KINABALU

SJM3026

KUCHING

QAB245M

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.13

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.85

-0.05

EURO 5 B7

RM 3.05

-0.05

Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

Singapura Paling Banyak Tak Bayar Saman Trafik Sejak 2022!

Pemandu dari Singapura paling culas bayar saman trafik.

04-03-2025
Global

Seorang Wanita Terima Saman Bertubi-Tubi Kerana Dendam

Seorang wanita dari Muzaffarpur, India, terkejut apabila menerima beberapa saman trafik secara berturut-turut.

11-02-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik, Diskaun Saman 50% Kembali Lagi

Ada berita baik bagi yang ada saman tertunggak memandangkan JSPT menawarkan diskaun saman 50%.

04-11-2024
Berita Auto

Diskaun Saman Trafik 50% Sempena Program Madani Zon Sarawak 27-29 Sept, Ini Lokasinya...

Sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Sarawak, PDRM mengumumkan tawaran pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% untuk kesalahan terpilih.

26-09-2024
Berita Auto

967 Saman Dikeluarkan dalam 3 Operasi Trafik Serentak di KL

Sebanyak 967 saman telah dikeluarkan dalam tiga operasi serentak yang dijalankan oleh pihak berkuasa di Kuala Lumpur.

12-08-2024
Berita Auto

Diskaun Saman 50% Sempena Program Madani di Penang Hingga 5 Mei Ini

PDRM menawarkan diskaun sehingga 50% untuk saman trafik.

03-05-2024
Berita Auto

186 Saman Trafik Dibatalkan Untuk Mendidik Pengguna Jalan

Sebanyak 186 saman trafik dibatalkan oleh pihak Polis Kemaman dengan tujuan untuk mendidik.

22-01-2024
Berita Auto

PDRM Kutip RM302.43 Juta Saman Trafik

Tahniah, buat pesalah trafik kerana melangsaikan saman anda

26-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Jenama Jetour Laku Keras, Terima Lebih 2,000 Tempahan, 1,000 Unit Sudah Diserah Kepada Pelanggan

Jetour Malaysia terus mengekalkan momentum yang cukup positif kerana sudah menerima kira-kira 2,000 tempahan setakat ini.

26-08-2025
Berita Auto

Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia

Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.

26-08-2025
Berita Auto

SAH! ETS3 KL-JB Beroperasi Disember Ini

ETS3 yang dilanjutkan hingga ke Johor Bahru dijangka mula beroperasi Disember ini.

26-08-2025
Berita Auto

Himpunan RXZ Members 7.0: 5 Maut Akibat Kemalangan

JSPT Bukit Aman mengesahkan lima kematian direkodkan akibat kemalangan ekoran himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu, pada Sabtu lalu.

26-08-2025
Berita Auto

Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.

26-08-2025
Berita Auto

Sarawak Bina Jalan Raya Pertama Guna Sisa Plastik

Penggunaan sisa plastik dikatakan dapat meningkatkan ketahanan jalan raya.

26-08-2025
Berita Auto

Subsidi RON95 Bakal Diketahui September ini!

Penyasaran subsidi petrol RON95 akan diketahui selewat-lewatnya hujung September ini.

26-08-2025
Berita Auto

Rapid KL Umum Semua Perkhidmatannya Beroperasi 24 Jam Bermula 30, 31 Ogos Ini

Perkhidmatan LRT, MRT, Monorel serta Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway akan beroperasi 24 jam selama dua hari bermula dari 30 dan 31 Ogos ini.

26-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.