ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Zeekr X Dilancarkan di Thailand, dari RM156,000 – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

451010585_122149825586247912_1041580730317969777_n.jpg


Jenama kenderaan elektrik (EV) premium di bawah naungan Geely, Zeekr, telah melancarkan SUV kompak mewah, Zeekr X di Thailand. Ini menandakan kehadiran rasmi versi pemanduan sebelah kanan (RHD) model tersebut di pasaran setelah pra-jualannya dibuka pada 25 Mac lalu semasa Bangkok International Motor Show. 


Rancang Perluas Jejak Zeekr di Thailand


Zeekr Thailand turut mengumumkan rancangan untuk membuka 14 cawangan jualan jenama tersebut di seluruh Thailand menjelang penghujung tahun 2024, dengan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan selepas jualan yang komprehensif kepada pelanggan Thailand. Setakat ini, empat stor pop-up Zeekr sudah beroperasi di kawasan komersial Bangkok.


450875588_122149825538247912_331041342397689341_n.jpg


Trenkuasa & Prestasi Zeekr X


Model ini ditawarkan dalam dua varian di Thailand iaitu Standard dan Flagship. Kedua-dua varian menggunakan pek bateri litium-ion 67 kWj, dengan jarak maksimum mencapai 540 km (NEDC) untuk varian Standard dan 470 km (NEDC) untuk varian Flagship.


450930227_122149828388247912_608984311993458959_n.jpg


Varian Standard dilengkapi dengan motor elektrik tunggal di bahagian belakang dengan output 200 kW (268 hp) dan tork 343 Nm, membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam 5.8 saat. Varian Flagship menerima satu lagi motor tambahan yang dipasang pada gandar hadapan (AWD), meningkatkan angka output kepada 315 kW (422 hp) dengan 515 Nm, yang membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam hanya 3.8 saat.


450664062_122149828994247912_8808324590642530394_n.jpg451082465_122149828340247912_1974901250311541964_n.jpg


Rekaan & Kabin Zeekr X


Dari segi dimensi, Zeekr X  berukuran 4,450 mm panjang, 1,836 mm lebar dan 1,572 mm tinggi, dengan jarak roda 2,750 mm. Ia dibina di atas platform Sustainable Experience Architecture 2 (SEA2) milik Geely, yang turut digunakan untuk pembangunan model smart #1 dan #3.


451334552_792267593066051_8428018283842088043_n.jpg451203211_792267623066048_8522345293595870826_n.jpg


Ruang dalam kabin Zeekr X tampil canggih,  dilengkapi dengan panel instrumen LCD 8.8 inci di sebalik stereng dua jejari yang futuristik serta skrin infotainmen kawalan sentuhan 14.6 inci yang boleh dialihkan dari tengah ke arah penumpang depan. Selain itu, terdapat papar pandu (HUD) AR berukuran 24.3 inci. 


Teknologi Keselamatan Zeekr X


Zeekr X dilengkapi dengan teknologi bantuan pemanduan canggih yang disokong oleh lima kamera, lima radar gelombang milimeter (millimetre-wave) dan 12 radar ultrasonik. Ini memberikan ciri-ciri seperti kawalan pelayaran adaptif dan bantuan tukar lorong. 


Harga & Waranti Zeekr X di Thailand


450972993_122149825856247912_5820863326700826142_n.jpg


Zeekr X Standard ditawarkan pada harga THB1,199,000 (~RM156,000) dan Flagship berharga THB1,349,000 (~RM175,000). Model ini disediakan dalam lima pilihan warna iaitu Crystal White, Palace Beige, Pine Green, Grid Grey dan Mist Grey. Untuk kabin, terdapat dua pilihan warna tema iaitu Charcoal Black dengan Stone Grey, dan Midnight Blue dengan Polar White.


Baca: Zeekr Bakal Lancar 4 SUV, 2 MPV & Sebuah Model Estate Menjelang 2026


Pembeli di Thailand ditawarkan jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 150,000 km serta jaminan berasingan untuk motor elektrik dan bateri EV selama 8 tahun atau 180,000 km. Selain itu, 500 pembeli pertama akan menerima Wallbox percuma lengkap dengan pemasangan bernilai THB50,000 (~RM 6,500).


Video Pelancaran Zeekr X di Thailand



Bagaimana Pula dengan Malaysia?


Selepas kejayaan pelancaran di Thailand, kemungkinan besar pasaran seterusnya yang akan diterokai oleh Zeekr ialah Malaysia. Syarikat itu baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Sentinel Automotive Sdn Bhd untuk membawa kenderaan elektrik inovatif dan perkhidmatan premium mereka ke pasaran Malaysia. Nantikan perkembangan tentang perkara ini yang akan kami kongsikan dari masa ke masa. Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook supaya tidak ketinggalan!


450467083_122149827764247912_5076356905165503933_n.jpg



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPR4508

SELANGOR

BSH5916

JOHOR

JYG3385

PULAU PINANG

PRT7851

PERAK

APA9762

PAHANG

CFD4098

KEDAH

KGC1713

NEGERI SEMBILAN

NEG9568

KOTA KINABALU

SJM4901

KUCHING

QAB1250M

Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.16

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

22-08-2025
Global

15-08-2025
EV

18-07-2025
EV

17-02-2025
Berita Auto

08-10-2024
Kereta Baru

04-10-2024
EV

30-08-2024
EV

03-08-2024

Berita Terkini

EV

Chery QQ3: Kereta Mini, QQ, Dihidupkan Kembali, Kini Dalam Versi Elektrik

Hampir dua dekad telah berlalu sejak model Chery QQ ditawarkan di Malaysia sebagai pesaing kepada Perodua Myvi dan Proton Savvy pada harga sekitar RM39,000, model ini kembali dihidupkan setelah Chery memperkenalkan model Chery QQ3.

04-09-2025
EV

Imej Teaser smart #2 Didedahkan – EV Mini Dua Pintu Ini Pengganti smart Fortwo

smart Automobile sedang bersiap sedia untuk menghidupkan kembali model elektrik kecil dua pintu, Fortwo, yang pernah ditawarkan di pasaran sebelum ini dengan model baharu, smart #2.

03-09-2025
EV

MG4 EV 2026 Didedahkan Di China – Pilihan Bateri Separa Pepejal

MG secara rasmi mendedahkan MG4 EV serba baharu bagi model tahun 2026 di acara automotif Chengdu Auto Show 2025, yang kini sedang berlangsung di China.

02-09-2025
EV

Cas EV Di Pulau Pinang Dengan Mudah, ChargeSini Kini Dalam Aplikasi PEARL 2.0

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperkenalkan versi terkini platform digital serba guna, PEARL One Touch Penang 2.0, yang hadir dengan antara muka yang lebih kemas dan lebih banyak perkhidmatan.

01-09-2025
EV

Pasangan Suami Isteri Menang Proton e.MAS 5 – Slogan Menarik, Tarik Perhatian Juri

Walaupun Proton e.MAS 5 masih belum dilancarkan secara rasmi, Shahrul Aizat Bin Ishak, muncul sebagai pemilik pertama model elektrik kompak ini.

27-08-2025
EV

Mercedes-Benz Malaysia Tawar Pelan Cas EV Bergerak – MB Platinum 5

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan pelan langganan pengecasan, MB Platinum 5, khusus untuk pengguna kenderaan elektrik (EV) EQ.

26-08-2025
EV

Skuter Elektrik Harga Marhaen: Yadea RS20 Dijual Serendah RM4,998, Jarak Gerak 105KM

MForce menawarkan satu lagi skuter elektrik Yadea RS20 pada harga mampu miik iaitu serendah RM4,998.

21-08-2025
EV

SUV Elektrik: Khabar Angin Suzuki eVitara Bakal Dilancar Semakin Kencang

Suzuki eVitara pula dikatakan akan dilancar tidak lama lagi.

20-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.