- Berita
- Berita Auto
- Ambil Perhatian: Kamera AwAS Kini Hanya Tiang Hitam, Tiada Kepala Kamera! Hati-Hati
Ambil Perhatian: Kamera AwAS Kini Hanya Tiang Hitam, Tiada Kepala Kamera! Hati-Hati

Penulis terkejut besar selepas melihat tiang kamera AES berhampiran bandar Saujana Putra kini hanya tinggal tiang berwarna tanpa kepala kamera.
Ia bukan sekadar tiang tetapi ia rupa-rupanya kamera perangkap had laju yang dilihat benar-benar mahu memerangkap pemandu degil yang gemar memandu laju.
Sebaliknya, isu tiang kamera AES sebenarnya sudah pun kecoh sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, pihaknya kini sedang melaksanakan penggantian kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) di beberapa lokasi yang diwartakan.
“Penggantian kamera AWAS ini adalah selaras dengan penambahbaikan sistem kamera AwAS sedia ada selari dengan perubahan teknologi terkini yang menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera tersebut beroperasi dengan lebih baik.
Penggantian ini melibatkan kamera model Redflex yang perlu ditukar atas faktor kerosakan besar dan tidak mendapat sokongan daripada pihak prinsipal.

“Pengoperasian kamera AwAS adalah untuk memastikan penguatkuasaan yang melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) selaras untuk mengurangkan statistik kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya,” kata JPJ menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Sehubungan itu, JPJ menyeru kerjasama semua pengguna jalan raya mengambil langkah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan bertoleransi dengan pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan diri dan keluarga ketika di jalan raya.
“Jabatan ini juga sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara seterusnya berada pada tahap yang terbaik,” tambahnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW3928
SELANGOR
BSP6157
JOHOR
JYV8352
PULAU PINANG
PSB8544
PERAK
APH1694
PAHANG
CFG3925
KEDAH
KGF6347
NEGERI SEMBILAN
NEK2920
KOTA KINABALU
SJR6874
KUCHING
QAB6976N
Terakhir Kemas Kini 04 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kelantan Cipta Rekod, Dalam 17 Hari, 24,135 Kes Langgar Had Laju
Kurangkan kelajuan di hadapan Istana Negeri Kota Bahru, Kelantan.
17-03-2026
Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih
Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.
29-04-2026
Berita Terkini
Tiada Lagi Ruang Bersembunyi! 10,000 'Mata' Digital Kini Pantau Penjenayah di KL
10,000 CCTV AI: KL Sasarkan Jenayah Turun 50%.
04-05-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk
Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?
04-05-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif
Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
30-04-2026
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.
30-04-2026
Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini
Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik mulai esok.
29-04-2026
Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih
Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.
29-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat