BMW M4 & 430i Coupe 2024 Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM870,800 & RM465,800


BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran dua model coupe BMW M4 Competition Coupe dengan M xDrive dan BMW 430i Coupe M Sport Pro yang kini telah diperbaharui bagi tahun 2024 (2024MY).
Diperkenalkan di peringkat global awal tahun ini, dua model coupe ini kali ini telah diberikan sentuhan baharu secara menyeluruh. Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, "Komitmen kami untuk memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan kepada pelanggan Malaysia kekal teguh, sama ada di jalan raya atau di litar lumba."
BMW M4 COMPETITION COUPE: PRESTASI LEBIH BAIK



BMW M4 Competition Coupe dengan M xDrive, versi 2024MY ini menyaksikan peningkatan dalam aspek prestasi. Enjin 3.0 liter 6 silinder sebaris turbo kembar yang menjadi nadi utama kini mampu menghasilkan 530 hp dan tork 650 Nm, peningkatan sebanyak 20 hp berbanding versi sebelumnya yang hanya menghasilkan 510 hp.
Dengan gabungan sistem pacuan semua roda (AWD) M xDrive dan transmisi automatik M Steptronic Sport 8 kelajuan, pecutan dari 0-100 km/j kini adalah sepantas 3.5 saat, manakala pecutan dari 0-200 km/j hanya 11.8 saat.
Selain itu, model ini kini turut menerima beberapa peningkatan estetik seperti rim Double-spoke Style 826 M Black bersaiz 19/20 inci depan dan belakang, angkup brek M Compound dengan kemasan merah berkilat, grafik M yang dicat khas dalam warna merah berkilat atau hitam, serta lampu belakang laser yang diambil daripada model M4 CSL.





Bergerak masuk ke dalam kabin, model ini dilengkapi dengan BMW Curved Display yang dikuasakan oleh sistem operasi BMW 8.5 yang terbaru. Beberapa kemasan estetik dalam kabin juga telah diperbaharui, dengan pilihan upholsteri kulit Merino dua tona yang lebih elegan.
Harga bagi BMW M4 Competition Coupe dengan M xDrive yang telah dikemaskini ini adalah RM870,800, tidak termasuk pakej BMW Service & Repair Inclusive (BS & RI). Pakej ini boleh didapati dengan tambahan RM47,800 daripada harga asas.
BMW 430i COUPE M SPORT PRO: KEKAL MEMUKAU DENGAN HARGA LEBIH BERPATUTAN



Untuk pilihan yang lebih mesra bajet, BMW Group Malaysia turut memperkenalkan model BMW 430i Coupe M Sport Pro 2024MY, walaupun kurang berkuasa, model ini memiliki daya tarikannya yang tersendiri.
Sama seperti M4, model ini hadir dengan beberapa perubahan estetik dan ciri di bahagian luar dan dalam. Antara perubahan yang ketara ialah penggunaan gril kidney yang diperbaharui, lampu hadapan LED adaptif, lampu belakang laser, roda Double-spoke Style 995 M bersaiz 19 inci berwarna hitam, serta angkup brek M Sport berwarna merah berkilat.
Dalam kabin, BMW 430i Coupe M Sport Pro juga dilengkapi dengan skrin BMW Curved Display yang dikuasakan oleh sistem operasi BMW 8.5, serta beberapa kemasan baharu. Selain itu, model ini juga menawarkan pilihan upholsteri kulit faux Sensatec dalam warna hitam, merah atau ‘Cognac’.






Untuk trenkuasanya, BMW 430i Coupe M Sport Pro masih menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder turbo petrol yang menghasilkan 258 hp dan tork 400 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan dan sistem pacuan roda belakang (RWD), membolehkan pecutan dari 0-100 km/j dicapai dalam masa 5.8 saat.
Walaupun kurang berprestasi, keseronokan pemanduan kekal dirasai dengan pakej M Sport yang merangkumi suspensi adaptif M dan sistem stereng sport boleh ubah.
BMW 430i Coupe M Sport Pro 2024MY ini boleh dimiliki dengan harga RM465,800, tidak termasuk pakej BS & RI yang ditawarkan pada harga tambahan RM25,200.
TEMPAHAN KINI DIBUKA
Tempahan untuk kedua-dua model ini telah dibuka di semua pengedar sah BMW. Inginkan model dengan prestasi luar biasa seperti yang ditawarkan oleh BMW M4 Competition Coupe atau model bergaya elegan BMW 430i Coupe M Sport Pro? Pilihan di tangan anda.


Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4277
SELANGOR
BSN7232
JOHOR
JYU253
PULAU PINANG
PSB761
PERAK
APG3609
PAHANG
CFG218
KEDAH
KGE9957
NEGERI SEMBILAN
NEJ9145
KOTA KINABALU
SJR1854
KUCHING
QAB4948N
Terakhir Kemas Kini 02 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat