ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton X50 RC 2024 Kini Di Hati Rakyat M'sia, Ada Sebab Kenapa RC Laku Keras..

Suhana Veru

7-8-2024

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, Proton X50  2024 kembali menempa nama apabila 2,585 unit terjual pada bulan lepas sahaja namun ia bukanlah Proton X50 biasa tetapi ia adalah edisi ProtonX50 RC 2024.

Maka tidak hairanlah mengapa orang Malaysia jatuh hati dengan edisi Proton X50 RC 2024.

Kalau nak tahu, apakah perbezaaan Proton X50 2024 dengan Proton X50 RC 2024, anda boleh klik artikel ini: https://www.caricarz.com/bm/news/2024/06/proton-x50-rc-nampak-sama-tapi-ada-5-perkara-anda-wajib-tahu/12569

Bagaimanapun, Proton X50 RC yang baru dua bulan lepas  bukannya model Facelift tetapi dinamakan sebagai Running Change (RC).

X50-Quarter-Front-Right-Flagship-Passion-Red.png

Namun, Proton mengakui  sejak pelancaran Proton X50 2024  di kemuncak pandemik pada 27 Oktober 2020, hampir 120,000 unit Proton X50 telah terjual,

Ini sekali gus menjadikannya SUV yang paling cepat terjual dalam sejarah automotif Malaysia.

Apa yang cukup menarik ialah walaupun menghadapi persaingan sengit daripada pesaing baru dari Jepun dan China, model ini berjaya memperoleh pegangan pasaran sebanyak 10.3% dalam segmen SUV dari Januari hingga Jun 2024. 

Model ini telah melebihi kenderaan lain dalam segmen pasaran yang sama dan menonjolkan kepercayaan pelanggan terhadap tawaran PROTON.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Roslan Abdullah berkata, prestasi jualan Proton X50 2024 pada pulan Julai adalah bukti kepada usaha keras dan komitmen seluruh pasukan di PROTON yang peka terhadap maklum balas pelanggan.

IMAGE-4-(2).JPG

“Gabungan prestasi, keselamatan dan ketersambungan model dilihat memenuhi keperluan mereka.  

“Jadi, PROTON telah membuat penambahbaikan dalam pengeluaran tempatan dan peningkatan yang mengutamakan pelanggan telah memastikan Proton X50 kekal di hadapan pesaing,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk edisi Proton X50 RC 2024, Proton telah menambahkan 20 poin untuk bunyi, getaran, dan kekasaran (NVH) untuk memberikan keselesaan pemanduan.

Malah, sistem infotainmennya juga  telah dinaik taraf dengan paparan 10.3 inci yang kini menjadi standard di seluruh rangkaian, dan perkakasan baru dipasang untuk meningkatkan masa mula dan masa memuat, serta dilengkapidengan telematik melalui aplikasi Proton Link. 

image.pngimage.png

Selepas memperoleh maklum balas daripada pelanggan, sistem kamera 360 darjah juga telah dinaik taraf dan kini menampilkan paparan ‘3D Live Feed’ untuk memberikan bantuan pengendalian yang lebih baik. 

Sementara itu, varian Flagship dan Premium kini dilengkapi secara standard dengan pintu belakang elektrik yang sebelum ini merupakan ciri pilihan.

Maka, tidak hairanlah mengapa prestasi jualannya cukup  kukuh kerana Proton X50 2024 bukan sahaja berjaya menarik  perhatian pembeli lelaki tetapi wanita.


Dalam pada itu, lebih  daripada 60% pelanggan berumur antara 26 hingga 50 tahun, menunjukkan daya tarikannya kepada kedua-dua professional muda dan mereka yang berkeluarga.

Di sebalik itu, anda jangan risau mengenai perkhidmatan Proton selepas jualan.

Ini kerana terdapat 157 pusat PROTON 3S/4S di seluruh negara dimana pihak Proton sentiasa mahu  keperluan penyelenggaraan dan selepas jualan pelanggan dipenuhi dengan mudah.

Apapun, dengan inovasi yang berterusan dan peka terhadap keperluan pelanggan, PROTON X50 2024 dijangka akan mengekalkan kedudukannya dalam kategori SUV segmen B yang sangat kompetitif.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC9844

SELANGOR

BSE6519

JOHOR

JXX2168

PULAU PINANG

PRQ5670

PERAK

ANV6175

PAHANG

CFB7403

KEDAH

KGA5389

NEGERI SEMBILAN

NEF8401

KOTA KINABALU

SJK8748

KUCHING

QAB3491L

Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.77

-0.03

EURO 5 B7

RM 2.97

-0.03

Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
Berita Auto

Jualan Proton Mencanak Mac 2025 Sebab Ramai Tempah Proton S70, X90

Jualan kumpulan melonjak 23.9% berbanding Februari dengan semua model menunjukkan pertumbuhan positif

09-04-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak 11,232 Unit Pada Februari Sebab S70, X50? Ini Antara Model "Hot" Proton!

Proton Saga tetap mendominasi jualan semua model Proton dengan 5,024 unit terjual bulan lepas.

10-03-2025
Berita Auto

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025
Berita Auto

Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih

Ini mungkin peluang terbaik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

25-02-2025
Berita Auto

Gambar Intip: Proton X50 Facelift, Ada X50 Facelift Bakal Dilancar Lagi?

Proton X50 facelift yang dilitupi dengan pelekat penyamaran dikesan di Lebuhraya Sungai Besi, Kuala Lumpur, kelmarin.

23-02-2025
Berita Auto

Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini

Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.

23-01-2025
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Dilancar, Harga Marhaen, Cuma RM98,300

Model edisi terhad itu ditawarkan pada harga tawaran selepas rebat RM7,000 iaitu RM98,300 (harga asal RM101,800 + pakej tawaran harga RM3,500).

17-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Bermula 15 Mei

Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga runcit terkini bagi bahan api bermula esok, 15 Mei hingga 21 Mei depan.

14-05-2025
Berita Auto

Ketibaan Perodua D668 Ditangguh Sebab EV Perodua

Ketibaan D66B atau ‘Nexis’ ditangguh lagi.

14-05-2025
Berita Auto

Kes Langgar Gajah, Kali Ini Di JB-Mersing

Mujur, pasangan suami isteri dan gajah yang dilanggar selamat.

14-05-2025
Berita Auto

Kes Anak Gajah Mati Dirempuh Lori: KKR Arah Semak Semula Lokasi Lintasan Hidupan Liar

KKR akan mengarahkan semakan semula supaya tindakan lanjut boleh diambil.

14-05-2025
Berita Auto

Operasi inDrive, Maxim Dihentikan: Patuhilah Undang-Undang Malaysia Kalau Nak Operasi!

TPAD kecewa berhubung arahan MOT yang meminta dua penyedia e-hailing antarabangsa, inDrive dan Maxim, menghentikan operasi memandangkan pekerjaan itu adalah punca pendapatan bagi pemandu di luar bandar.

14-05-2025
Berita Auto

Suami Isteri Parah: Pemandu Navara Cuma Kena Penjara 30 Hari, Denda RM12K

Sepasang suami isteri parah gara-gara dilanggar pemandu Nissan Navara.

14-05-2025
Berita Auto

Subsidi Bersasar RON95: Semuanya Bergantung Pada Ekonomi Semasa

Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

13-05-2025
Berita Auto

KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar

Kerajaan mahu melaksanakan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.

13-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.