SUV EV Chery eQ7 Dikemas Kini, Mula Dipasarkan Di China – Teknologi Kabin & Keupayaan Bateri Dipertingkat
Chery baru-baru ini melancarkan versi terkini model SUV elektrik (EV) eQ7 untuk tahun 2025 (MY 2025). Dikenali sebagai Chery Shuxiangjia di pasaran China, SUV EV yang telah dikemas kini ini hadir dalam dua varian iaitu Ziyou Edition sebagai model asas dan Changyou Edition sebagai model premium.
Kedudukan dalam Pasaran
SUV EV eQ7 ini diletakkan sebagai pesaing dalam segmen SUV elektrik saiz sederhana Chery. Dengan panjang 4,675 mm, lebar 1,910 mm, tinggi 1,660 mm dan jarak roda 2,830 mm, lebih kecil berbanding model SUV petrol Chery, iaitu Tiggo 8 Pro. Namun, berbeza dengan Tiggo 8 Pro yang menawarkan tiga baris tempat duduk, eQ7 hanya hadir dalam versi dua baris sahaja.
Rekaan Luar Kekal, Teknologi Kabin Dipertingkat
Berbanding model terdahulu, tidak banyak perubahan pada rekaan luaran eQ7. Sudut hadapannya masih sama dengan lampu LED bertingkat (dual-stack), profil sisi yang sporty, serta lampu belakang LED penuh yang diiringi oleh aksen bampar belakang yang menonjol.
Di bahagian kabin, tiada perubahan besar pada eQ7 versi 2025. Ia masih menampilkan skrin dwi-paparan yang terdiri daripada skrin infotainmen 12.3 inci dan kluster instrumen digital 12.3 inci. Sterengnya juga seperti sebelum ini, rata di bahagian bawah, dengan material sentuhan lembut pada papan pemuka (dashboard). Tempat duduk hadapan juga hadir dengan fungsi pelarasan automatik, ventilasi dan pemanas.
Bagaimanapun, terdapat beberapa ciri baharu yang diperkenalkan seperti bukaan but belakang automatik, sensor parkir hadapan, kaca akustik pada cermin hadapan, serta sistem audio baharu dengan lapan speaker.
Prestasi dan Keupayaan Bateri Dipertingkat
Untuk model tahun 2025, eQ7 kini dilengkapi dengan motor belakang (RWD) tunggal yang menghasilkan kuasa sebanyak 208 hp dan tork 285 Nm. Ia juga menggunakan bateri lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 67.12 kWj yang memberikan jarak perjalanan sejauh 512 km (CLTC). Bateri ini juga dilengkapi dengan sistem pengurusan haba pintar yang membolehkan pengecasan dari 30-80% dalam masa 30 minit, manakala dengan pengecas AC yang lebih perlahan, memerlukan masa selama lapan jam.
Ciri Keselamatan
Varian Ziyou Edition dilengkapi dengan ciri keselamatan asas seperti sistem pemantau tekanan tayar (TPMS), sensor parkir belakang dan kawalan pelayaran standard. Bagi varian premium Changyou Edition pula, diberikan ciri keselamatan tambahan yang terdiri daripada beg udara sisi serta beberapa fungsi sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) seperti brek kecemasan automatik (AEB), bantuan tukar lorong (LCA), amaran penukaran lorong (LDW), bantuan kekal lorong (LKA), amaran perlanggaran hadapan (FCW) dan banyak lagi.
Harga dan Ketersediaan di Pasaran
Model eQ7 2025 kini sudah boleh didapati di pasaran China, dengan harga bermula daripada CNY 159,900 (~RM97,619) untuk Ziyou Edition, manakala Changyou Edition ditawarkan pada harga CNY 164,900 (~RM100,672).
Selain pasaran China, eQ7 turut dijual di beberapa pasaran antarabangsa, di mana ia dikenali sebagai Chery Tiggo 6 di Rusia. Biarpun Chery Auto Malaysia belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai kemasukan model ini ke pasaran tempatan, baru-baru ini model tersebut dilihat menjalani ujian di Malaysia dengan nama yang berbeza.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPT1605
SELANGOR
BSH9464
JOHOR
JYH1426
PULAU PINANG
PRU2572
PERAK
APB3566
PAHANG
CFD5385
KEDAH
KGC3658
NEGERI SEMBILAN
NEH1763
KOTA KINABALU
SJM7137
KUCHING
QAB2094M
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.93
EURO 5 B7
RM 3.13
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2025
Berita Berkaitan
Chery QQ3: Kereta Mini, QQ, Dihidupkan Kembali, Kini Dalam Versi Elektrik
Hampir dua dekad telah berlalu sejak model Chery QQ ditawarkan di Malaysia sebagai pesaing kepada Perodua Myvi dan Proton Savvy pada harga sekitar RM39,000, model ini kembali dihidupkan setelah Chery memperkenalkan model Chery QQ3.
04-09-2025
Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia
Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.
26-08-2025
Prestasi Chery Melonjak Segenap Aspek – NEV Meningkat Hampir 50 Peratus
Chery Group mencatat prestasi memberangsangkan pada bulan Julai dengan jualan sebanyak 224,439 unit kenderaan, meningkat 14.7% berbanding tahun sebelumnya.
12-08-2025
Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna
Chery muncul sebagai jenama automotif China pertama yang telah mengeksport lima juta kenderaan secara global. P
05-08-2025
Ini Dia 6 Pengeluar Kereta China Terajui Jualan Kereta : BYD, SAIC, Geely, Changan Auto, Chery, GWM
BYD kini menerajui jualan kereta paling tinggi apabila ia sudah menjual 2,146,000 unit pada separuh pertama 2025.
08-07-2025
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!
Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.
27-06-2025
Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun
Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.
20-06-2025
Indonesia Jadi Lokasi Kedua Ujian Ketahanan & Keselamatan Chery
Chery kini membawa kempen Global Safety Challenge ke Indonesia, menjadikan negara ini sebagai destinasi kedua dalam siri ujian keselamatan ini.
19-06-2025
Berita Terkini
Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih
Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026
24-09-2025
BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti
BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.
23-09-2025
EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat
smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
23-09-2025
Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China
Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.
22-09-2025
Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu
Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .
19-09-2025
Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K
Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.
18-09-2025
Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV
Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.
17-09-2025
Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?
Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.
17-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat