Baru Dibuka: Pusat 2S Peugeot Di Taipan, Subang Jaya
Peugeot Malaysia melancarkan bilik pameran yang terletak di Taipan, Subang Jaya, baru-baru ini.
Bilik pameran yang akan dikendalikan oleh pengedar baharunya, Allure Auto itu dikatakan mampu mempamerkan empat kereta dalam satu masa selain ada satu ruang penghantaran kereta.
Apa yang cukup menarik ialah, bilik pameran ini menyediakan alat konfigurasi 3D bagi menawarkan pangalaman pembelian yang interaktif untuk pelanggan.
Buat permulaan, ia akan beroperasi sebagai pusat 1S dan kemudian akan dinaik taraf kepada pusat 2S dalam tempoh terdekat ini.
Pusat servis 2S yang dibina di tanah berkeluasan 5,800 kaki persegi sebenarnya sudah siap 70% dan dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun ini.
Sejurus siap sepenuhnya, kemudahan baharu itu dikatakan menyediakan lapan ruang servis termasuk kemudahan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan badan dan cat.
Untuk makluman, ia adalah pelancaran pengedar baharu pertama selepas pengedaran, pemasaran, jualan dan servis selepas jualan jenama itu diambil alih oleh Stellantis Malaysia pada akhir tahun lalu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, pihaknya mahu mengukuhkan kedudukan dan pertumbuhan dengan memperluaskan lagi rangkaiannya.
“Untuk itu, Allure Auto mewakili satu kejayaan dalam perjalanan kami untuk mempunyai 30 pengedar dalam rangkaian kami menjelang akhir 2024.
“Stellantis Malaysia cukup komited untuk menawarkan pengalaman jenama dan pemilikan kepada pelanggan dan kami mengalu-alukan Allure Auto ke dalam keluarga PEUGEOT,” jelasnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG7644
SELANGOR
BSF5929
JOHOR
JYA7360
PULAU PINANG
PRR5993
PERAK
ANW7929
PAHANG
CFC2093
KEDAH
KGA9823
NEGERI SEMBILAN
NEG2748
KOTA KINABALU
SJL3626
KUCHING
QAB5319L
Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.14
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.81
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.01
+0.07
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak
Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak.
28-02-2025
Peugeot Umum Kempen "Drive Into Prosperity" : Rebat Cecah RM21,500, Manfaat Tambahan
Sempena Tahun Baru Cina 2025, Peugeot Malaysia mengumumkan tawaran penjimatan dan rebat luar biasa.
16-01-2025
Rebat RM21,500 untuk Peugeot 2008 – Kini Hanya RM111,888!
Stellantis Malaysia kini menawarkan rebat istimewa sebanyak RM21,500 untuk model SUV kompak Peugeot 2008, menjadikannya lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia. Tawaran ini menjadikan harga terbarunya hanyalah serendah RM111,88, atas jalan tanpa insurans dan aksesori tambahan.
13-01-2025
Beli Kereta Peugeot Dengan Rebat Cecah RM40K, Waranti Lanjutan 7 Tahun & Banyak Lagi, Masa Terhad!
Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya, sempena penghujung tahun ini, Stellantis Malaysia melancarkan kempen jualan istimewa "Year End Extravaganza" untuk jenama Peugeot.
18-11-2024
Pusat Pengedaran Pelbagai Jenama Pertama Stellantis Dibuka Di Jalan Klang Lama
Selepas melancarkan Leapmotor C10, Stellantis Malaysia meneruskan momentumnya dengan pembukaan pusat pengedaran pelbagai jenama pertama di Malaysia pada hujung minggu lalu.
22-10-2024
C&C Anjur Acara Jelajah Pertama Peugeot – Diskaun Hingga RM42,000!
Cycle & Carriage menganjurkan jerayawara (roadshow) jenama Peugeot selama dua bulan, sehingga 16 November ini.
06-10-2024
Peugeot 408 Jadi Ilham, Rekaan Pereka Fesyen Muda Ini Memukau Ramai
CariCarz.com telah menerima jemputan daripada Stellantis Malaysia untuk menyaksikan pertunjukan fesyen yang bertemakan "Capturing Allure."
07-08-2024
Kereta Peugeot Kini Dengan Jaminan Standard & Lanjutan Baharu, Lebih Lama!
Stellantis Malaysia kini menawarkan pakej jaminan standard baharu dan jaminan lanjutan.
13-06-2024
Berita Terkini
S60, S90 Habis Dijual, ES90 Pula Bakal Menyusul Tetapi EM90 Tak Masuk Malaysia, Harap Maklum!
VCM mengesahkan bahawa model sedan S60 dan S90 sudah habis dijual setakat ini manakala selepas ini ES90 bakal menyusul di pasaran tempatan tidak lama lagi.
21-06-2025
Tegur Fasal Motor Banyak Kali, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi
Seorang remaja memukul warga emas sehingga maut dipercayai angkara dendam dengan mangsa yang menegurnya banyak kali menunggang motosikal secara berbahaya.
20-06-2025
Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan
Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.
20-06-2025
Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun
Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.
20-06-2025
Servis JPJ 'Mati Sementara' Mula Malam Ini, 20 Hingga 22 Jun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan berjadual di seluruh negara.
20-06-2025
Baru 4 Jam Hujan, Shah Alam Dah Banjir
Kejadian banjir di Shah Alam juga menyebabkan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk sejak 6.30 pagi tadi.
20-06-2025
Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik
Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat.
20-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat