Dongfeng Forthing Xinghai S7, EV Paling Aerodinamik Di Dunia
Pengeluar kereta dari China, Dongfeng mendedahkan kenderaan elektrik terbaharunya, Dongfeng Forthing Xinghai S7, baru-baru ini.
Selain namanya yang panjang, kereta saloon ini dikatakan merupakan kenderaan elektrik paling aerodinamik di dunia.
Menurut Dongfeng, S7 mempunyai pekali seretan rendah hanya 0.191 Cd, berbanding dengan kadar 0.194 Mona M03.
Selain prestasi aerodinamiknya yang cukup ccemerlang, S7 sebenarnya menampilkan reka bentuk yang cukup memukau kerana ia menampilkan bahagian hadapan yang tertutup, pemegang pintu yang tersembunyi dan hadir dengan rim roda bersaiz 19 atau 20 inci dengan rekaan tertutup.
Di sebalik tiang B, S7 menyimpang sendiri daripada sedan tiga kotak konvensional, berkat garis bumbung gaya fastback yang pergi ke spoiler ekor itik yang dipasang pada pintu belakang.
Dari segi dimensi, S7 dikatakan agak besar memandangkan ia berukuran 4,935 mm (panjang) selebar 1,915 mm, 1,495 mm (tinggi) dan jarak roda adalah sekitar 2,915 mm.
Menjengah kabin, S7 hadir dengan kabin yang cukup minimalis dan sarat dengan ciri-ciri teknologi yang canggiH.
Malah, para pelanggan boleh memilih warna kabin sama ada warna Oriental White atau Sky Twilight Black.
Seperti kereta lain, ia juga hadir dengan skrin infotainmen tengah 15.6 inci yang dikuasakan oleh Xinghai OS, ada instrumen digital 8.8 inci, 12 speaker dan tempat duduk hadapannya hadir dengan fungsi pemanasan.
Mengenai trenkuasanya, Forthing S7 disumbat dengan motor elektrik tunggal di belakang (RWD).
Jadi, ia boleh menghamburkan kuasa setakat 215 HP (160 kW) dan 310 Nm.
Ia boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.67 saat selain didatangkan dengan pek bateri lithium iron fosfat (LFP) berkapasiti 56.8-kWh.
Dengan hanya sekali cas, ia boleh bergerak sejauh 555 kilometer.
Difahamkan, ketiga-tiga varian S7 di China hadir dengan trenkuasa yang sama, walaupun versi EV (REEV) range-extender masih dalam perancangan.
Untuk makluman, harga varian Edition Light (RM70,536), Edition Pleasure (RM76,424) dan Luxury Edition (RM82,312).
Pendek kata, harga S7 adalah paling berpatutan di pasaran Tembok Besar, walaupun harga tersebut mungkin tidak mencerminkan pasaran antarabangsa lain sekiranya Dongfeng memutuskan untuk mengeksportnya ke negara lain.
Gallery






Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK6208
SELANGOR
BSG3954
JOHOR
JYD4645
PULAU PINANG
PRS4815
PERAK
ANX9027
PAHANG
CFC6730
KEDAH
KGB4268
NEGERI SEMBILAN
NEG4893
KOTA KINABALU
SJL7567
KUCHING
QAB6994L
Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Berkaitan
EV Kompak Dongfeng Nammi 06 Didedahkan – Kolaborasi Dengan Syarikat Dron DJI?
Syarikat automotif China, Dongfeng, memperkenalkan SUV elektrik kompak terbarunya di bawah subjenama Nammi, Dongfeng Nammi 06.
24-02-2025
Dongfeng Box Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Cecah 430 KM, Dari RM100K
PEKEMA sebentar tadi telah melancarkan secara rasmi hatchback Dongfeng Box untuk pasaran Malaysia. Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu E2 dan varian lebih tinggi, E3.
22-11-2024
Ini Dia EV Pertama PEKEMA, Dongfeng Box, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
PEKEMA mengadakan sesi pratonton untuk media bagi kenderaan elektriknya terbaharunya, Dongfeng Box di ibu pejabatnya yang terletak di Cyberjaya, baru-baru ini.
21-08-2024
EV China Terbaru, Dongfeng Box S31, Dikesan Di Malaysia – Bakal Dilancarkan?
Kenderaan elektrik (EV), DongFeng Box S31, dikesan di Malaysia. Ini pengedarnya...
17-07-2024
Berita Terkini
Kia Carens Clavis Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Murah
Kia telah melancarkan satu lagi model MPV versi elektrik, Kia Carens Clavis di India, baru-baru ini.
17-07-2025
Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran
SUV elektrik kompak terbaru, Zeekr 7X, menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
16-07-2025
Huawei & BAIC Perkenal Wagon Elektrik Stelato S9T – Muncul Tidak lama Lagi
Huawei melalui HIMA baru-baru ini telah memperkenalkan model wagon elektrik pertamanya, Stelato S9T, yang bakal memasuki pasaran China tidak lama lagi.
16-07-2025
Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road
Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.
15-07-2025
Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya
SoloEra Solo 1C yang dijual pada harga serendah RM599 sahaja melalui inisiatif rebat EV MARiiCas.
15-07-2025
BYD Atto 2 Bakal Dilancar 24 Julai Ini, Yang Penting BYD Atto 2 Tiada Pesaing Dari Jenama EV Lain
BYD Atto 2 akan dilancarkan secara rasminya pada 24 Julai ini.
15-07-2025
China Kenakan Peraturan Ketat Untuk Pedal Tunggal Mulai 2027
China akan mengetatkan penggunaan mod pedal tunggal bermula tahun depan.
15-07-2025
Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan
Dalam tempoh kurang tujuh tahun, jenama automotif premium China, Xpeng, baru-baru ini telah melepasi angka penghantaran sebanyak 800,000 unit kenderaan.
15-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat