Hyundai Santa Fe CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM186K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa Hyundai Santa Fe pemasangan tempatan (CKD) sudah dibuka untuk tempahan di seluruh Malaysia.

Hyundai Santa Fe hadir dalam dua varian iaitu enjin 2.2 liter diesel dan 1.6 liter Hibrid dimana ia menjanjikan gabungan kuasa yang pasti memukau hati anda selain kecekapan dan reka bentuk yang canggih.
Bagi yang ingin mengetahui mengenai varian enjin 2.2 liter diesel, Hyundai Santa Fe diesel ini mampu menghamburkan kuasa setakat 199 hp dan tork 440Nm.


Sementara itu, varian hibrid pula digabungkan dengan enjin Gamma-II T-GDi dan motor elektrik.
Maka, varian hibrid ini mampu menghasilkan kuasa lebih tinggi berbanding diesel iaitu , 230 PS dan tork 350Nm.
Menjengah bahagian luarannya, jentera ini hadir dengan gril bersaiz lebar dengan corak signatur geometrik dan lampu siang (DRL) LED berbentuk huruf T.


Di bahagian belakang pula, Santa Fe ini turut diperbaharui memandangkan diperbaharui fasia belakang dikemas kini dengan lampu belakang yang disambungkan dengan jalur krom.
Bampar belakang juga direka semula dan menempatkan jalur pemantul merah jenis lebar.
Bahagian kabinnya pula didatangkan dengan susun atur jenis terapung, skrin infotainmen 10.25 inci, sistem kawalan iklim dua zon, manakala paparan skrin sentuh turut menyediakan sambungan wayarles ke Apple CarPlay dan Android Auto, serta lengkap dengan pelbagai ciri hiburan selain didatangkan dengan pintu but pintar.


Dari segi ciri-ciri keselamatan, Santa Fe didatangkan dengan pakej keselamatan Hyundai SmartSense Safety Suite merangkumi, Bantuan Pencegahan Rempuhan Depan,Bantuan Kekal Lorong, Kawalan Jelajah Pintar dengan fungsi Henti-Mula, Pemantau Titik Buta dan ada pandangan untuk sekeliling.


Ia didatangkan dalam empat pilihan warna: Phantom Black, Creamy White Pearl, Magnetic Grey, dan Stormy Sea.
Apa yang cukup menarik ialah HSDM menawarkan tawaran diskaun sebanyak RM10,000 untuk 100 tempahan awal.
Ini bermakna, varian 1.6L Turbo Hybrid Plus (RM185,888). RM205,888 untuk 1.6L Turbo Hybrid Max, dan RM199,888 untuk 2.2L Turbo Diesel Max .
Bagaimanapun, harga tidak termasuk insurans.
Sehubungan itu, orang ramai dipelawa mengunjungi acara Automania 2024 anjuran Sime Darby Motors, bermula hari ini iaitu 6 hingga 8 September 2024 di tempat letak kenderaan B, Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.
Jika anda membuat tempahan di acara minggu ini, ada peluang memenangi motosikal elektrik bernilai RM38,500
Untuk keterangan lanjut, layari www.hyundai.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW9329
SELANGOR
BSP7851
JOHOR
JYW2731
PULAU PINANG
PSC1078
PERAK
APH3023
PAHANG
CFG4375
KEDAH
KGF7504
NEGERI SEMBILAN
NEK3468
KOTA KINABALU
SJR7809
KUCHING
QAB7285N
Terakhir Kemas Kini 11 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat