Mitsubishi Xpander Plus 2024 Berwajah Baharu: Harga RM115K

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengesahkan MPV tujuh tempat duduk, Mitsubishi Xpander Plus 2024 sudah dibuka untuk tempahan.
Harga pengenalan untuk Mitisubishi Xpander pemasangan tempatan ini adalah cuma RM115,000 namun tempoh penawaran harga itu adalah terhad.
Difahamkan, Mitsubishi Xpander yang dipasang di Pekan, Pahang ini akan dilancarkan secara rasminya pada bulan ini .
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Shinya Ikeda berkata, Mitsubishi Xpander dibangunkan untuk memenuhi keperluan para pelanggan.
“Xpander bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi di seluruh negara ASEAN. MMM memperkenalkan XPANDER kepada rakyat Malaysia pada tahun 2020, dan pada bulan lepas, kami telah meraikan 40,000 pemilik XPANDER yang telah membeli jentera tersebut.

“Sebagai MPV bukan negara No. 1 negara, Xpander kini merupakan salah satu model paling penting untuk Mitsubishi Motors,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut mengenai versi facelift itu, beliau berkata,Xpander yang mempunyai gaya SUV sebenarnya telah dinaik taraf dengan sebaik mungkin.
“Ia bertujuan menawarkan pengalaman yang lebih lengkap dan menyeluruh. XPANDER turut menggabungkan reka bentuk dalaman dan luaran yang cukup bergaya, praktikal dan canggih.
“Ini membuatkan ia adalah kereta keluarga yang paling ideal,” tambahnya.


Bagi yang masih teragak-agak untuk menempah MPV ini, anda jangan risau kerana ia menawarkan rupa yang lebih mantap dan dinamik.
Ini kerana ia dipasang dengan lampu depan dan belakang jenis LED, hadir dengan bampar baharu, kit badan berserta spoiler belakang dan rim 17-inci dengan rekaan dua-tona.


Antara kelengkapan lain ialah, ia hadir dengan peninjau kamera sekeliling, perakam video digital DVR depan dan belakang, ensor undur, spoiler, scuff plate serta balutan kulit buatan berwarna coklat.

Menjengah bahagian kabinnya, ia turut dilengkapi dengan paparan infotainmen 9 inci yang menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto dan paparan 4.2 inci TFT LCD berwarna untuk pemandu.



Tidak ketinggalan pad pengecasan tanpa wayar, kerusi balutan leatherette, scuff plate, dan door visor,


Satu lagi, Xpander ini turut didatangkan dengan jarak kelegaan tanah setinggi 225mm dengan ruang but seluas 837 liter jika tempat kedua direbahkan.


Selain itu, ada ciri baharu iaitu kamera perakam video pemanduan serta brek parkir elektrik.
Dari segi kuasa, Mitsubishi Xpander Plus 2024 disumbat dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter.
Ini membuatkan ia mampu menghamburkan kuasa 105PS/141Nm tork dan dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan.

Apa yang cukup menarik ialah Mitsubishi Motors juga turut mengumumkan pelancaran Drive Your Ambition Brand Festival bagi meraikan pelanggan yang dihargai.
Sehubungan itu, MMM menawarkan hadiah eksklusif berupa beg Naturehike Camping Wagon bernilai RM400.
Bagaimanapun, hadiah ini hanya ditawarkan untuk 500 pelanggan awal yang menempah MPV Mitsubishi paling laris itu.

Begitupun, para pelanggan digalakkan untuk mengunjungi bilik pameran pengedar sah MMM atau mengambil bahagian dalam acara bilik pameran untuk mengetahui lebih lanjut tentang XPANDER tujuh tempat duduk.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.mitsubishi-motors.com.my/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQV3976
SELANGOR
BSP4771
JOHOR
JYV4721
PULAU PINANG
PSB6722
PERAK
APG9526
PAHANG
CFG3319
KEDAH
KGF5210
NEGERI SEMBILAN
NEK2381
KOTA KINABALU
SJR5562
KUCHING
QAB6332N
Terakhir Kemas Kini 29 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat