ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Dongfeng Cars Malaysia Anjur Latihan Untuk Tingkat Kemahiran EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

9c8979d1-ca1f-46f8-a6c9-469f875b9b6b.jpeg

Dongfeng Cars Malaysia melalui pengedar dan pengimport eksklusif Central Auto Distributors Bhd (CADB), terus memperkukuh kemampuan pasukan jualan dan servisnya dengan menganjurkan sesi latihan teknikal intensif. 

Langkah ini bertujuan memastikan kakitangan dan wakil pengedar yang dilantik memiliki pengetahuan mendalam dan kemahiran yang diperlukan untuk menyokong keperluan pelanggan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

image.png

Dongfeng BOX merupakan kenderaan elektrik komersial yang direka untuk memenuhi keperluan logistik bandar, dengan jarak perjalanan sehingga 430 km menggunakan bateri berkapasiti tinggi.

Model ini juga dilengkapi teknologi canggih seperti sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), ciri keselamatan terkini, dan kecekapan tenaga yang tinggi.

a51eea95-f4a6-4e78-a83c-b980f09fb804.jpeg

Latihan teknikal yang dijalankan memberi penekanan kepada pemahaman aspek teknikal, strategi penyelenggaraan, dan pengendalian ciri-ciri unik Dongfeng BOX.

Dengan latihan ini, Dongfeng Cars Malaysia memastikan setiap kakitangan dan wakil pengedar yang dilantik bersedia memberikan khidmat yang cekap, profesional, dan memenuhi standard tinggi yang ditetapkan oleh industri EV.

a473d12b-1937-4dfc-8a28-5ca28be34e8e.jpeg

Sebagai pengedar eksklusif jenama Dongfeng di Malaysia, CADB yang merupakan anak syarikat Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) itu, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat automotif terkenal dari China untuk membawa masuk model EV seperti Dongfeng BOX.

Pengarah Operasi CADB, Datuk SM Zulkifli  SM Amin berkata, latihan teknikal ini merupakan komitmen kami dalam memperkukuh pasukan untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan terbaik.

“Kerjasama dengan Dongfeng juga menunjukkan komitmen CADB untuk membawa masuk teknologi terkini dan menyokong matlamat kerajaan dalam memperluas penggunaan EV di Malaysia,” katanya.

Screenshot-2025-01-28-101910.png

Menurutnya,  Dongfeng Cars Malaysia berperanan dalam memperkenalkan pilihan kenderaan elektrik yang mampu menyokong matlamat kerajaan untuk mempromosikan mobiliti hijau.

Langkah ini selaras dengan usahameningkatkan kesedaran tentang kenderaan mesra alam serta mewujudkan ekosistem EV yang mampan di Malaysia.

image.png

Bagi yang tidak tahu, Dongfeng BOX merupakan kenderaan elektrik komersial yang direka untuk memenuhi keperluan logistik bandar, dengan jarak perjalanan sehingga 430 km menggunakan bateri berkapasiti tinggi.

Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu E2 dan varian lebih tinggi, E3. 

Model ini ditawarkan dalam dua varian, dengan model asas, E2 menggunakan pek bateri LFP 32.56 kWj yang lebih kecil, manakala varian lebih tinggi, E3, menggunakan bateri 43.89 kWj yang lebih besar. 

Dengan cas penuh, varian E2 menawarkan jarak EV maksimum 330 km (CLTC), manakala varian E3 mempunyai jarak EV lebih jauh iaitu 430 km (CLTC).

Bateri pada varian E2 boleh menerima input pengecasan AC sehingga 3.3 kW, manakala E3 sehingga 6.6 kW. Sekiranya menggunakan pengecas pantas DC, kedua-duanya boleh dicas dalam masa hanya 30 minit daripada 30% kepada 80%. Yang menariknya, varian E3 hadir dengan fungsi vehicle-to-load (V2L) yang mana kenderaan boleh digunakan untuk mengecas peralatan elektrik lain. 

image.png

Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang pada gandar depan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW) dan 160 Nm. Ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 12.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 140 km/j. 

image.pngimage.png

Model ini secara standard dipasangkan dengan sistem suspensi bebas McPherson di bahagian depan dan  torsion beam di belakang. 

image.png

Model ini juga dilengkapi teknologi canggih seperti sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), ciri keselamatan terkini, dan kecekapan tenaga yang tinggi.

Model ini dipasarkan pada harga bermula dari RM100,700 untuk E2 dan RM113,700 untuk E3.

Untuk sentuhan lebih eksklusif, varian E3 turut ditawarkan dalam dua tona, iaitu bumbung putih yang boleh digabungkan dengan warna badan ungur, hijau dan biru dengan caj tambahan sebanyak RM2,000, menjadikan jumlahnya RM115,700. 

image.png

Untuk maklumat lanjut mengenai Dongfeng Cars Malaysia, sila layari laman web rasmi di www.cadb.com.my.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPT1709

SELANGOR

BSH9472

JOHOR

JYH1453

PULAU PINANG

PRU2590

PERAK

APB3579

PAHANG

CFD5391

KEDAH

KGC3669

NEGERI SEMBILAN

NEH1764

KOTA KINABALU

SJM7158

KUCHING

QAB2104M

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

EURO 5 B7

RM 3.13

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2025

Berita Terkini

EV

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

24-09-2025
EV

Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

Honda memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

21-09-2025
EV

Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

18-09-2025
EV

BYD Siar Video Yangwang U9 02, Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

Kereta elektrik supercar yang dikenali sebagai Yangwang U9 '02' didedahkan dalam satu video pendek.

18-09-2025
EV

Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 27 kes kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid direkodkan dari 2023 hingga Julai lepas.

10-09-2025
EV

Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

10-09-2025
EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
EV

BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.

08-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.