Jaecoo J7 PHEV Capai 1,427 KM Sekali Cas & Satu Tangki

Menjelang kemunculan sulungnya di Malaysia bulan depan, Jaecoo J7 PHEV telah membuktikan kemampuannya untuk menempuhi jarak perjalanan yang jauh dari Singapura ke Hatyai, Thailand, melalui Malaysia dengan hanya satu tangki dan cas.
Dalam perjalanan yang memakan masa selama tiga hari itu, kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) ini berjaya mencatatkan jarak keseluruhan 1,427.5 km. Yang menariknya, angka ini melebihi jarak yang diiktiraf oleh WLTP iaitu sebanyak 1,200 km dengan tambahan lebih 200 km!
Prestasi Enjin Petrol & Elektrik Yang Luar Biasa


Daripada jumlah keseluruhan jarak tersebut, 947 km disumbangkan oleh petrol semata-mata dengan kadar ekonomi bahan api yang mengagumkan iaitu 3.5 liter/100 km, jauh lebih baik daripada kadar yang dinyatakan di atas kertas, 6.6 liter/100 km.


Prestasi sistem elektriknya juga tidak kurang hebatnya, kerana J7 PHEV mencatatkan jarak pemanduan elektrik sejauh 108 km, lebih 18 km daripada angka yang dijangkakan.
Teknologi Super Hybrid System (SHS)
Menggabungkan enjin 1.5 liter 4 silinder TGDi, transmisi hibrid khas (DHT) dan bateri 18.3 kWj, teknologi Super Hybrid System (SHS) yang digunakan pada model ini dibangunkan dengan teliti untuk membolehkan kecekapan bahan api dan tenaga yang tinggi dapat dicapai tanpa mengorbankan prestasi.
Gabungan sistem ini memberikan kuasa keseluruhan yang cukup tinggi, sebanyak 342 hp (255 kW) dan tork 525 Nm. Namun begitu, J7 PHEV tetap mengekalkan penggunaan bahan api yang rendah iaitu 3.3 liter/100 km.


Baterinya boleh dicas dengan pengecas AC 6.6 kW dan DC 40 kW. Menggunakan pengecas pantas DC, kuasa daripada 30% ke 80% boleh dicapai dalam masa hanya 20 minit.
Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek berkata, "Selain menjadi satu-satunya PHEV dengan keupayaan pengecasan DC, teknologi Super Hybrid System kami juga yang pertama dalam kelasnya di Malaysia. Kami teruja untuk membolehkan pelanggan menikmati manfaat Jaecoo J7 PHEV dalam masa terdekat."
Rekod Yang Terbukti Lebih Sekali


Sebelum cabaran tiga negara ini, Jaecoo J7 PHEV pernah menunjukkan kehebatannya dalam ujian pemanduan jarak jauh di China, menempuhi lebih 1,300 km dari Guangzhou ke Wuhu. Klik untuk baca: [PANDU UJI SULUNG] Jaecoo J7 PHEV: Gabungan EV & ICE Yang Luar Biasa, Boleh Capai 1,300 KM?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat