Kemas Kini OTA XPENG XOS 5.4 Kini Tersedia Termasuk Malaysia – Sistem Keselamatan Lebih Menyeluruh, Ciri Personalisasi Lebih Banyak
XPeng secara rasmi melancarkan kemas kini perisian XOS 5.4 over-the-air (OTA) yang menawarkan penambahbaikan pada aspek keselamatan, pemanduan pintar dan ciri personalisasi untuk pemilik kenderaannya di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Walaupun XPeng Malaysia belum mengumumkan secara rasmi mengenai penaiktarafan sistem operasi terbaru ini, beberapa pemilik XPeng G6 di media sosial mengesahkan bahawa kemas kini ini boleh diakses oleh pemilik kenderaan tempatan.
Kenderaan Sentiasa Dalam Pemantauan
Antara ciri utama dalam kemas kini ini ialah AI Guard System, pakej keselamatan yang dibangunkan untuk meningkatkan perlindungan kenderaan. Sistem Sentry Mode akan memantau dan merakam aktiviti mencurigakan di sekitar kenderaan yang tidak berpenumpang, seperti pergerakan luar biasa atau kehadiran ‘sesuatu’ dalam masa yang lama.
Apabila diaktifkan, sistem ini akan menghantar amaran terus kepada pemilik melalui aplikasi XPeng. Rakaman kejadian akan disimpan dalam peranti USB yang disambungkan ke kenderaan.
Selain itu, ciri Driving Recorder (Dashcam) turut diperkenalkan untuk merakam insiden semasa perjalanan. Namun, XPeng menyatakan bahawa ciri ini mungkin tidak tersedia di sesetengah pasaran disebabkan oleh peraturan tempatan.
Pembantu AI Pelbagai Bahasa
Kemas kini XOS 5.4 turut meningkatkan fungsi pembantu AI onboard, termasuk sokongan pelbagai bahasa seperti Inggeris, Perancis, Jerman, Kantonis dan Thai. Namun, Bahasa Malaysia belum lagi dimasukkan.
Teknologi Pemanduan Pintar Yang Diperbaik
Ciri baharu seperti Smart Speed Limit Recognition membolehkan sistem mengenal pasti papan tanda lalu lintas yang kritikal, seperti larangan masuk atau penanda jalan keluar, meningkatkan keselamatan pemanduan.
Skrin Belah
Personalized Operating System 2.0 kini menyokong fungsi skrin belah (split-screen multitasking) dan menawarkan lebih banyak pilihan susun atur untuk infotainmen melalui sistem XDock.
Pengaktifan Ciri Penting Secara Automatik
Ciri X-Combo pula menjadikan beberapa fungsi kenderaan automatik seperti pengaktifan kunci keselamatan kanak-kanak apabila gear ditukar ke mod pemanduan.
Visual Animasi Yang Indah
Selain itu, visual animasi pengecasan yang diinspirasikan daripada fenomena cahaya utara (northern light) turut diperkenalkan, dengan paparan jarak pemanduan yang lebih tepat berdasarkan piawaian NEDC.
XPeng Kekal Komited Terhadap Mobiliti Pintar
XPeng menegaskan bahawa pelancaran kemas kini XOS 5.4 mencerminkan komitmen mereka dalam membangunkan mobiliti pintar berasaskan AI. Penekanan juga diberikan pada inovasi yang selamat, praktikal dan memenuhi keperluan peribadi pengguna untuk pengalaman pemanduan yang lebih terkini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM5604
SELANGOR
BSG7745
JOHOR
JYE5042
PULAU PINANG
PRT1080
PERAK
ANY7246
PAHANG
CFD721
KEDAH
KGB6454
NEGERI SEMBILAN
NEG6404
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8459L
Terakhir Kemas Kini 05 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025
Berita Berkaitan
XPeng SEPA3.0: Cas 80% Dalam 12 Minit, Jarak Cecah 1,400 KM!
XPeng baru-baru ini mengadakan acara berprestij 2025 Brand Night yang turut disertai dengan sesi taklimat teknikal bertajuk “Driven by Passion."
16-04-2025
Persaingan Terlalu Sengit, BAuto Berdepan Tekanan Pasaran
Bermaz Auto Bhd (BAuto), pengedar jenama Mazda, Kia, XPeng dan Deepal, menjangkakan cabaran lebih besar dalam pasaran automotif Malaysia.
14-03-2025
Pusat 3S XPeng Kini Dibuka Di Pulau Pinang
XPeng Malaysia terus memperkukuh kehadirannya dengan pelancaran Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) XPeng di Pulau Pinang.
07-10-2024
Bermaz Auto Kini Pengedar Rasmi EV China, XPeng
Bermaz Auto Bhd (BAuto) mengumumkan bahawa syarikatnya telah dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik (EV) jenama XPeng di Malaysia
15-03-2024
Berita Terkini
Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo
IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.
28-07-2025
BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan
BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.
11-07-2025
Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!
Geely memperkenalkan sistem kuasa hibrid terbarunya yang dinamakan Geely EM AI Super Hybrid 2.0 di pameran automotif Auto Chongqing 2025.
17-06-2025
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.
16-06-2025
Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI
Malaysia kini berusaha untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan infrastruktur jalan raya.
30-05-2025
Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'
Pioneer, jenama besar dalam dunia elektronik memperkenalkan unit audio bergaya klasik yang sarat ciri moden, Pioneer SXT-C10PS.
27-05-2025
ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV
ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).
29-04-2025
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat