Lagi Kes Tayar Lori Tercabut, Empat Hampir Terbunuh

Kes tayar lori tercabut nampaknya masih belum berakhir, kali ini hampir membunuh empat sekeluarga. Kejadian tersebut berlaku di Kilometer (KM) 199 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan, berhampiran Sitiawan, malam tadi membabitkan sebuah lori tangki muatan minyak 45 tan.
Mangsa Termasuk Kanak-Kanak Cedera

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, memaklumkan bahawa mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 36 tahun yang tersepit, seorang lelaki berusia 35 tahun, serta dua kanak-kanak lelaki masing-masing berumur tiga dan empat tahun. Keempat-empat mereka berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Yaris.
Sementara itu, tiga lelaki yang menaiki kenderaan lain, iaitu Honda Civic, Mercedes, dan lori tangki jenis Volvo, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tindakan Pantas Pasukan Penyelamat
Menurut Sabarodzi, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.40 malam. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan serta BBP Seri Manjung tiba di lokasi kejadian dalam tempoh 13 minit.
"Ketua operasi melaksanakan size-up, seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (System Approach To Victim Entrapment Rescue) dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.
Mangsa yang tersepit dihantar ke hospital menggunakan perkhidmatan EMRS (Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan), manakala tiga mangsa lain yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut. Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 10.36 malam.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge