ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peugeot Umum Kempen "Drive Into Prosperity" : Rebat Cecah RM21,500, Manfaat Tambahan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PEUGEOT-CNY-2025_KV.jpg

Sempena Tahun Baru Cina 2025, Peugeot Malaysia mengumumkan tawaran penjimatan dan rebat luar biasa yang membolehkan pelanggan membawa pulang kereta idaman pada harga yang lebih berbaloi di samping manfaat tambahan melalui kempen "Drive Into Prosperity."

Lebih Berbaloi Dengan Rebat & Manfaat Tambahan

Mulai Januari 2025, semua pembelian kenderaan penumpang baharu Peugeot didatangkan dengan Program Inklusif Servis 5 Tahun, merangkumi kos alat ganti dan buruh untuk 10 servis dalam tempoh lima tahun, berdasarkan jarak 10,000 km atau jadual servis setiap enam bulan. Tawaran ini turut disertai dengan waranti 7 tahun atau 200,000 km, untuk ketenangan fikiran. 

Berikut adalah senarai model dan rebat serta manfaat tambahan yang ditawarkan untuk setiap model:

Screenshot-2025-01-16-at-13.57.01.png

Ini Cara Untuk Gandakan Penjimatan 

Pelanggan Peugeot 3008 dan 5008 boleh menikmati penjimatan tambahan sekiranya memilih untuk tidak mengambil Program Inklusif Servis 5 Tahun. Ini menjadikan penjimatan keseluruhan mencecah RM14,000 untuk model 3008 dan RM20,000 untuk model 5008, termasuk rebat tambahan RM10,000 di atas promosi sedia ada.

Tawaran Istimewa Model Keluaran 2024

image.png

Bagi peminat Peugeot 408, model tahun 2024 kini hadir dengan rebat RM10,000 untuk varian 408 GT dan Premium. 


Sementara itu, peminat SUV boleh menikmati potongan harga RM23,888 untuk model 3008 dan RM26,388 untuk model 5008 bagi tahun keluaran 2024. Semua model ini turut disertakan servis percuma selama 5 tahun (tidak termasuk kos buruh) dan waranti 7 tahun.

Baca: [PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama

Tawaran Menarik Untuk Peugeot 2008

THUMB-2008-rebat.pngPEUGEOT-2008_Interior.png

Peugeot 2008 keluaran 2025 kini ditawarkan pada harga menarik iaitu RM111,888, menjadikannya lebih mampu milik. Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah Program Inklusif Servis 5 Tahun dengan kos tambahan RM10,000, yang meliputi alat ganti dan buruh sepanjang tempoh servis.

Baca: Rebat RM21,500 untuk Peugeot 2008 – Kini Hanya RM111,888!

Orang ramai yang berminat, boleh kunjungi mana-mana bilik pameran Peugeot yang sah di seluruh negara dari 17 Januari hingga 9 Februari 2025 untuk memandu uji dan tempah kenderaan Peugeot pilihan. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel kraf tangan turut diadakan. Untuk maklumat lanjut, layari www.peugeot.com.my.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX9715

SELANGOR

BSU9607

JOHOR

JH2516J

PULAU PINANG

PSH3426

PERAK

APM8470

PAHANG

CFJ3803

KEDAH

KGJ7694

NEGERI SEMBILAN

NEM5578

KOTA KINABALU

SJV1342

KUCHING

QAB9761P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-03-2025
Berita Auto

10-03-2025
Berita Auto

28-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Berita Auto

13-01-2025
Berita Auto

18-11-2024
Berita Auto

25-10-2024
Berita Auto

01-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028

Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.

10-11-2026
Berita Auto

CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026

CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.

10-11-2026
Berita Auto

Budak Tersungkur Atas Jalan, Polis Cari Waris

Punca masih belum diketahui.

10-11-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.