ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

SUV Elektrik Premium, Xpeng G7, Didedahkan Di China – Dari RM123K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Xpeng-G6-EV-CarNewsChina-3.jpg


Jenama kenderaan elektrik (EV) China, Xpeng, telah memperkenalkan model terbarunya, Xpeng G7. Imej pertama SUV elektrik ini dipaparkan di dalam laman web Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China menjelang pelancarannya yang dijangka berlangsung pada separuh pertama tahun 2025.


Seperti yang dijangka, G7 bakal mengisi ruang antara Xpeng G6 dan SUV lebih besar, Xpeng G9, memberikan saingan kepada SUV elektrik bersaiz sederhana yang lain.


Varian & Trenkuasa Xpeng G7


Maklumat mengenai jumlah varian yang akan ditawarkan masih belum didedahkan, tetapi MIIT menyatakan bahawa terdapat empat berat berbeza dengan dua versi pertama mencatatkan berat sebanyak 2,085 kg dan 2,100 kg, dua lagi memiliki berat lebih tinggi, 2,145 kg dan 2,160 kg. CarNewsChina melaporkan ini mungkin menunjukkan bahawa terdapat dua pilihan trenkuasa, dengan versi lebih ringan memiliki spesifikasi lebih rendah.


Xpeng-G6-EV-CarNewsChina-4.jpg


Dari segi trenkuasa, G7 dikatakan akan dilengkapi motor elektrik berkuasa 218 kW, yang dibangunkan oleh Xpeng Wuhan. Model ini juga dikhabarkan akan menggunakan bateri jenis lithium logam fosfat (LFP) daripada CALB, namun kapasiti spesifiknya masih dirahsiakan. 


Baca: XPeng Perkenal Sistem Pengecas Salur Lebih 1KM Dalam 1 Saat & Cip AI Canggih Untuk Pemanduan Autonomi


Reka Bentuk Sporty


Xpeng-G6-EV-CarNewsChina-1.jpgXpeng-G6-EV-CarNewsChina-2.jpg


Portal MIIT mendedahkan bahawa G7 mempunyai dimensi panjang 4,892 mm, lebar 1,925 mm, tinggi 1,655 mm dan jarak roda 2,890 mm. Walaupun lebih panjang 1 mm berbanding G9, jarak roda G7 lebih pendek sebanyak 108 mm, menjadikannya lebih kompak tetapi tetap luas.


Dari segi reka bentuk, G7 tampil dengan gaya lebih sporty berbanding G9. Antara ciri utama ialah sudut depan ikonik Xpeng dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED yang halus dan bar lampu yang merentangi keseluruhan bahagian depan. 


Xpeng-G6-EV-CarNewsChina-6.jpgXpeng-G6-EV-CarNewsChina-7.jpg


Sudut tepi pula menyerlahkan pelbagai elemen aerodinamik dengan bumbung coupe dan pemegang pintu rata. Dua pilihan rim ditawarkan yang mana varian asas menggunakan rim bersaiz 18 inci, manakala varian lebih tinggi dilengkapi rim 20 inci.


Bergerak ke belakang, dapat dilihat rekaan ala EV6 dengan lampu belakang LED berkelebaran penuh, spoiler bumbung dan bampar hitam.


Baca: Xpeng P7+ Dilancarkan Di China – Sarat Teknologi, Cecah 725 KM, Dari RM114K


Harga Jualan Xpeng G7


Xpeng-G6-EV-CarNewsChina-5.jpg


G7 dijangka akan mula dijual di pasaran China pada tahun 2025 dengan harga permulaan sekitar CNY 200,000 (~RM123,000). Harga ini menjadikannya pilihan mampu milik tetapi tetap premium berbanding EV barat yang lain. 

Baca: Kemas Kini OTA XPENG XOS 5.4 Kini Tersedia Termasuk Malaysia – Sistem Keselamatan Lebih Menyeluruh, Ciri Personalisasi Lebih Banyak

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS8607

SELANGOR

BSU2476

JOHOR

JF3087J

PULAU PINANG

PSG1617

PERAK

APL9382

PAHANG

CFH9330

KEDAH

KGJ3538

NEGERI SEMBILAN

NEM1921

KOTA KINABALU

SJU4356

KUCHING

QAB7136P

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

05-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
EV

09-01-2026
Pandu Uji

07-01-2026
EV

06-01-2026
EV

02-01-2026
EV

23-12-2025
EV

11-11-2025

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.