Tahun Baharu Cina: 2.6 Juta Kenderaan Sehari Guna Lebuh Raya

Biarpun, tiada pemberian tol percuma sempena Tahun Baharu Cina kali ini, namun itu tidak menghalang rakyat Malaysia daripada membanjiri semua lebuh raya di negara ini.
Ini kerana Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan 2.6 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya utama bermula dari 24 hingga 28 Januari 2025.
LLM berkata, sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama sempena cuti perayaan tersebut.
“Daripada jumlah ini sebanyak 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, 198,000 di Lebuhraya KL-Karak, 82,000 di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, 48,000 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dan 120,000 di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).
“Aliran trafik kembali ke ibu kota pula akan menunjukkan peningkatan bermula pada 1 hingga 2 Februari 2025,” katanya.
Selain itu, LLM juga akan mengaktifkan laluan smart di 25 lokasi ‘hotspot’ kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan.

“Pelaksanaan tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan pada 27 hingga 28 Januari dan 1 hingga 2 Februari pula dijangka sedikit sebanyak akan membantu kepada aliran trafik yang lebih baik di lebuh raya utama negara,” ujarnya.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.llm.gov.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lautan Kenderaan: 2.8 Juta Kenderaan Serbu KL Hari Ini
2.8 juta kenderaan di lebuh raya dijangka masuk ke pusat bandar hari ini.
24-03-2026
Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link
Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi
06-03-2026
Tahun Baharu Cina: 3.27 Juta Kereta Banjiri Lebuhraya, Rancang Perjalanan Anda!
Bagi yang merancang untuk balik kampung atau bercuti pada hujung minggu ini, anda dinasihatkan merancang perjalanan anda memandangkan 3.27 juta bakal menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara.
10-02-2026
Cuti Panjang, Aliran Trafik Di Karak Masih Steady, Utara, Selatan Mula Sesak
Aliran trafik di beberapa lebuh raya terutamanya menuju ke selatan dan utara mula bergerak perlahan di beberapa kawasan petang ini.
30-01-2026
Cuti Tahunan Habis: Semua Lebuh Raya Sesak Teruk Sejak Malam Tadi
Rata-rata pengguna lebuh raya mengeluh apabila terperangkap dalam kesesakan teruk di semua lebuh raya utama sejak malam tadi.
29-12-2025
Esok Cuti Krismas, Aliran Trafik Mula Perlahan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia bergerak perlahan.
24-12-2025
Deepavali, Sidang Kemuncak ASEAN: Jalan Raya Tidak Boleh Ditutup, Dibaiki
Jalan raya tidak boleh ditutup atau diselenggara sempena Deepavali dan Sidang Kemuncak ASEAN.
17-10-2025
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat