Tol Percuma Sempena Perayaan Tidak Lagi Ditawarkan – 2024 Tahun Akhir, Jimat Kos

Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi menawarkan tol percuma
Tiada lagi tol percuma sempena hari raya setelah kerajaan memutuskan untuk menghentikan inisiatif yang sebelum ini diadakan setiap tahun. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet tahun lalu.
Pendekatan Baharu Yang Lebih Bersasar

Untuk menggantikan pemberian tol percuma, kerajaan bakal memperkenalkan pendekatan yang lebih bersasar yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Jelas Alexander, “Tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan. Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, ...akan dibincangkan,” katanya.
"(Keputusan ini kerana) ...kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar. Perincian akan dimaklumkan kemudian," tambahnya lagi.
Kos Tinggi Ditanggung Kerajaan
Kerajaan memaklumkan bahawa kos pengecualian tol pada musim perayaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tanpa melibatkan syarikat konsesi lebuh raya.
Untuk setiap hari pelaksanaan tol percuma, kerajaan membayar purata RM20 juta kepada syarikat konsesi. Pada tahun lalu, jumlah keseluruhan yang dibayar sempena perayaan termasuk Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas mencecah angka berikut:
- Aidilfitri: RM80.07 juta
- Deepavali: RM42.31 juta
- Tahun Baru Cina: RM41.21 juta
- Krismas: RM38 juta
Pemberian Tol Percuma Sempena Krismas Adalah Yang Terakhir
Tol percuma sempena Krismas tahun lalu menjadi yang terakhir diberikan oleh kerajaan sempena perayaan. Keputusan ini menandakan perubahan hala tuju kerajaan dalam memastikan subsidi yang lebih bersasar dan pengurusan kewangan negara yang lebih efisien.
Sumber: BH
Baca: Penyasaran Subsidi Diesel: Pengecualian Sabah, Sarawak, Bukan Sebab Politik, Tiada Double Standard
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB2241
SELANGOR
BSQ5146
JOHOR
JYX7317
PULAU PINANG
PSC6874
PERAK
APH8711
PAHANG
CFG6712
KEDAH
KGG3319
NEGERI SEMBILAN
NEK5516
KOTA KINABALU
SJS1879
KUCHING
QAB9310N
Terakhir Kemas Kini 06 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini
Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!
03-06-2026
XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000
XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.
03-06-2026
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok
Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.
03-06-2026
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan
Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...
03-06-2026
JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan
Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.
03-06-2026
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM
Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.
03-06-2026
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem
Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.
01-06-2026
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat