ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

VPCM Kemas Kini Harga Baharu Untuk Touareg R-Line CKD, Harga Tak Sampai RM400K

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volkswagen-Touareg-Revised-Pricing.jpg

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan Touareg R-Line versi pemasangan tempatan kini ditawarkan pada harga bermula dari RM382,690 namun harga itu tidak termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP).

Untuk makluman, sebelum ini, Touareg R-Line dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM469,990.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, VPCM kini menawarkan harga baharu itu  disebabkan hasil maklum balas dan perkembangan positif dalam operasi Volkswagen di peringkat tempatan,

Bagi yang tidak tahu, Touareg R-Line dikenali sebagai peneraju kerana teknologinya yang canggih serta ciri-ciri keselamatan bantuan pemandu termaju, selain reka bentuknya  yang garang dan keupayaan prestasi luar biasa.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin turbo V6 pengecas turbo 3.0liter yang mampu menjana kuasa  340PS dan tork 450Nm.

Kuasa disalurkan kepada semua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan dan sistem pintar 4MOTION. Menggunakan sistem ini membolehkan pemandu memilih mod yang bersesuaian dengan jenis permukaan jalan. 

image.png

Antara ciri lain yang didapati pada model ini ialah termasuklah suspensi udara yang boleh dilaras sendiri

secara automatik dan sistem bunyi Dynaudio bersama amplifikasi 730 watts.

Ia juga hadir dengan rangkaian sistem keselamatan IQ.Drive yang merangkumi ciri Night Vision bagi memastikan pengalaman pemanduan yang mewah, selesa, luas dan selamat.

Touareg R-Line boleh didapati bersama Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) dengan kos tambahan sebanyak RM17,300. 

Dengan VAP, para pemilik akan disokong oleh servis penyelenggaraan komprehensif, jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Untuk keterangan lanjut, layari www.volkswagen.com.my.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4119

SELANGOR

BST7525

JOHOR

JE3835J

PULAU PINANG

PSF5987

PERAK

APL5165

PAHANG

CFH7539

KEDAH

KGJ1407

NEGERI SEMBILAN

NEL8749

KOTA KINABALU

SJU1544

KUCHING

QAB5753P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

08-10-2025
EV

07-10-2025
Kereta Baru

07-05-2025
Kereta Baru

07-05-2025
Kereta Baru

07-05-2025
Kereta Baru

09-08-2024
Kereta Baru

20-05-2024
Kereta Baru

20-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026
Berita Auto

Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?

Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?

18-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Hyundai Tucson?

SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k

18-09-2026
Berita Auto

Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati

Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.

17-09-2026
Berita Auto

PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian

PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.

17-09-2026
Berita Auto

Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu

Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.

17-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.