ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EPMB Jalin Kerjasama Dengan Sanly, Julin China Untuk Tingkatkan Pengeluaran Saga MC3

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

EP Manufacturing Berhad (EPMB) menjalinkan kerjasama dengan Sanly China dan Jujin China untuk meningkatkan pengeluaran Proton Saga MC3.

Perjanjian yang ditandatangani pada 18 Februari lalu itu bertujuan untuk menggabungkan teknologi kerja logam maju Sanly China dengan operasi sedia ada EPMB di Batang Kali, Selangor sekaligus memperkukuh rantaian bekalan agar lebih teguh dan cekap.

image.png

Pengarah Eksekutif EPMB, Aidan Hamidon berkata, dengan menggabungkan kepakaran Sanly dalam kerja logam canggih serta keupayaan pembuatan tempatan, pihaknya menetapkan penanda aras baharu dalam pembekalan komponen automotif. 

“Kerjasama ini membuktikan komitmen kami terhadap inovasi, kualiti dan pertumbuhan strategik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, EPMB turut menjalin kerjasama dengan Jujin China untuk menghasilkan kerusi kereta Proton secara tempatan.

image.png

Penggabungan kepakaran global Jujin dalam reka bentuk serta pengeluaran kerusi dengan keupayaan pembuatan tempatan EPMB akan meningkatkan kecekapan, mengoptimumkan kos, dan menjamin keuntungan jangka panjang. 

Perbincangan sedang dijalankan bagi memperluaskan kerjasama ini ke model Proton lain dan berpotensi melibatkan kenderaan Geely, sekaligus memperluaskan jangkauan pasaran EPMB.

Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah mengakui pihaknya tidak boleh terus beroperasi dengan menghasilkan produk berkualiti tinggi tetapi pada harga jualan yang rendah.

image.pngimage.png

“Usaha sama ini memastikan skala pengeluaran lebih besar, kos lebih rendah, dan keuntungan yang lebih mampan. Kita bukan sekadar menyesuaikan diri dengan norma baharu sebaliknya kita menciptanya," katanya.

Majlis menandatangani perjanjian pada 21 Februari itu disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li dan Ketua Pegawai Perolehan Proton, Wang, serta wakil Jujin China, Huang.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

15-10-2025
EV

10-10-2025
EV

19-08-2025
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.