ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kereta Sport Elektrik Kecil, JMEV 01, Bakal Dilancarkan Di China – Dari RM186K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

007bhOC3gy1hy1zp2s39cj33402c07wj_enhanced.jpg


Selepas berdepan pelbagai kelewatan dalam pengeluaran dan cabaran untuk memenuhi peraturan, kereta sport elektrik, JMEV 01, yang sebelum ini dikenali sebagai SC-01, akhirnya bersedia untuk memasuki pasaran selepas memperoleh lesen jualan daripada kerajaan China.


Projek Kerjasama JMEV & Renault


007bhOC3gy1hy1zp1rva5j33402c0e83_enhanced.jpg


Pada asalnya, model ini dibangunkan oleh Tianjin Gongjianpai Auto Technology dengan sokongan Xiaomi. Namun, projek ini kini dilaksanakan di bawah jenama JMEV, iaitu usaha sama antara Jiangling Motors (JMC) dan Renault.


Rekaan Kompak & Aerodinamik


007bhOC3gy1hy1zoxr5ffj33402c0e83_enhanced.jpg


JMEV 01 memiliki bentuk badan yang agak kompak dengan panjang 4,106 mm, lebar 1,830 mm dan ketinggian hanya 1,170 mm. Beratnya sekitar 1,365 kg iaitu hanya 25 kg lebih berat berbanding Porsche 718 Cayman.


Slide-16_9-121-14.jpg


Dari segi reka bentuk, model ini memiliki struktur badan yang aerodinamik terutama jika dilihat dari sisi. Secara keseluruhannya, ia masih mengekalkan elemen ikonik daripada model konsep SC-01, termasuk lampu hadapan yang direka dengan bentuk tajam, lampu belakang bulat, serta badan coupe dua pintu. 


Dua Motor Elektrik Berkuasa Tinggi


9eb49c47ly1hi95tbfiykj20sj9ih7wh1-(1).jpg9eb49c47ly1hi95tbfiykj20sj9ih7wh2.jpg


JMEV 01 dikuasakan oleh dua motor elektrik magnet kekal segerak yang dibekalkan oleh Empower, menghasilkan gabungan output 320 kW (429 hp). Dengan kelajuan maksimum mencecah 200 km/j.


Kemampuannya telah diuji di Litar Goldenport Park Beijing, yang mana model ini berjaya mencatatkan masa sepantas 1 minit 6 saat, meletakkannya sebaris dengan Porsche 911 Carrera S dari segi prestasi.


Kuasa ini disalurkan melalui bateri pertigaan (ternary) NMC dari CALB yang dipasang di bahagian tengah jentera, memberikan keseimbangan berat yang hampir sama seperti kereta sport berenjin tengah seperti Lotus Elise dan Toyota MR2.


Walaupun kapasiti bateri belum didedahkan, model ini dijangka mempunyai jarak pemanduan CLTC sejauh 520 km (atau 440 km WLTP) dan menyokong pengecasan pantas dari 30% ke 80% dalam tempoh kurang 25 minit.


Teknologi Pemanduan & Mod Dinamik


Slide-16_9-121-21-1068x601-1.jpg007bhOC3gy1hy1zp4jfw5j34eo3b0qv7_enhanced.jpg


JMEV 01 turut menawarkan beberapa mod pemanduan berbeza, termasuk pacuan roda hadapan, pacuan roda belakang, serta pacuan semua roda, selain mod Sport khas untuk prestasi yang lebih mengasyikkan. 


Satu Langkah Besar Untuk JMEV


Pelancaran JMEV 01 menandakan titik perubahan penting bagi JMEV, sebuah jenama yang sejak ditubuhkan pada 2015 masih bergelut untuk mengukuhkan kedudukan dalam pasaran. Pengeluaran model ini akan dilakukan di kilang JMEV di Nanchang, China yang mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 100,000 unit.


Kejayaan JMEV 01 berpotensi memberi nafas baharu kepada jenama ini dengan gabungan prestasi ala Porsche serta teknologi dari Xiaomi, yang berkemungkinan besar mampu menarik minat pembeli muda yang mendambakan prestasi dan kecanggihan. 


JMEV 01 dijangka akan ditawarkan pada harga RMB 300,000 (~RM186,000), menjadikannya pesaing kepada MG Cyberster. 

Sumber: CarNewsChina

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD7330

SELANGOR

BSR1710

JOHOR

JYB3950

PULAU PINANG

PSD3423

PERAK

APJ4267

PAHANG

CFG8759

KEDAH

KGG6703

NEGERI SEMBILAN

NEK7426

KOTA KINABALU

SJS5734

KUCHING

QAB632P

Terakhir Kemas Kini 27 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026
EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.