BYD Atto 3 Ultra Dilancar, Antara EV Termurah

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, melancarkan secara rasminya BYD Atto 3 yang kini dikenali sebagai BYD Atto 3 Ultra, semalam.
Ia yang kini menawarkan spesifikasi dinaik taraf dijual pada harga RM123,800 sekaligus dikatakan antara EV termurah di Malaysia.
Ini menjadikannya BYD Atto 3 Ultra lebih murah RM44,000 berbanding harga ketika pelancaran sulungnya pada 2023.

Harga baharu itu meletakkan Atto 3 Ultra baharu setanding dengan pesaing terdekatnya, Proton e.MAS 7, yang juga bermula pada harga yang sama varian Premiumnya.
Harga BYD Atto 3 Ultra 2025 ini dilihat lebih mampu milik berbanding dengan BYD Dolphin EV yang berharga RM124,900.

Bagaimanapun, harga RM123,800 itu sebenarnya tTIDAK termasuk kos pendaftaran dan insurans.
Bagaimanapun apa yang diberikan ialah jaminan enam-tahun/150,000 km dan jaminan lapan-tahun/150,000 km untuk unit pacuannya (160,000 km untuk bateri).


Lebih menarik, BYD Sime Motors ada menawarkan promosi eksklusif untuk 1,000 pelanggan pertama yang membeli BYD ATTO 3 ULTRA.


Antaranya:
● Rebat Tunai Jimat & Cas RM5,000 (Ini bermakna pembeli awal dapat membeli Atto 3 Ultra dengan harga RM118,800.
● Pakej Servis 8 Tahun (bernilai RM4,888)
● Pengecas Dinding 7kW Percuma (bernilai RM3,699)
● Alat Penyesuai V2L Percuma (bernilai RM988)
● Kabel Jenis 2 Percuma (bernilai RM 1,796)
● Internet Tanpa Had Percuma selama 2 tahun
● Pakej Waranti Komprehensif yang tertakluk kepada Terma dan Syarat
o Waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000km
o Waranti bateri voltan tinggi 8 tahun atau 160,000km
o Waranti unit pacuan 8 tahun atau 150,000km
Untuk makluman, BYD ATTO 3 Ultra ini menawarkan kuasa setakat 150kW dan tork 310Nm. Jentera ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.3 saat.
Ia yang disumbat dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) Blade 60.48 kWh mampu melakukan perjalanan sejauh 420 km dengan hanya sekali cas.
ATTO 3 Ultra ini yang i menyokong pengecasan pantas DC 88 kW, membolehkan bateri dicas dari 10%-80% dalam masa 40 mini, manakala jika menggunakan pengecasan AC, ia memerlukan 9 jam 42 minit untuk cas penuh.

Menjengah bahagian kabinnya, kebanyakan cirinya masih tidak berubah kerana masih menggunakan rm aloi 18 inci, kabin serba hitam, kerusi hadapan ada berventilasi, ada kad kunci NFC, bumbung kaca, skrin jenis terapung, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas tanpa wayar Qi dan sistem kamera 360-darjah.
Untuk ciri keselamatan BYD Atto 3 Ultra hadir dengan sistem ADAS. Bagi yang berminat, ia hadir dengan warna Ski White, Harbour Grey dan Cosmos Black.
Untuk maklumat lanjut, layari https://byd.simemotors.my/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6411
SELANGOR
BST4150
JOHOR
JD5175J
PULAU PINANG
PSF2841
PERAK
APL2093
PAHANG
CFH6084
KEDAH
KGH8376
NEGERI SEMBILAN
NEL6713
KOTA KINABALU
SJT8664
KUCHING
QAB5054P
Terakhir Kemas Kini 01 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat