EVC Pasang Penjimat Tenaga Elektrik Rumah, Tesla Powerwall, Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Operator pengecas kenderaan elektrik (CPO) berpangkalan di Malaysia, EV Connection (EVC), mencatat pencapaian penting selepas berjaya memasang Tesla Powerwall pertama untuk pelanggan di Thailand.
Apa Itu Tesla Powerwall?
Tesla Powerwall ialah bateri tenaga untuk kediaman yang membantu menjimatkan tenaga, memberi bekalan sandaran semasa gangguan elektrik, dan boleh disambungkan dengan panel solar.
Menggunakan teknologi bateri lithium-ion boleh dicas semula, Powerwall membolehkan tenaga elektrik disimpan dan digunakan apabila diperlukan, memastikan bekalan kuasa yang stabil. Apabila berlaku gangguan pada grid, sistem ini akan beralih secara automatik kepada tenaga simpanan bagi memastikan peralatan rumah penting terus beroperasi tanpa gangguan.
Kurangkan Kebergantungan terhadap Grid Elektrik

Salah satu kelebihan Powerwall ialah ia boleh disambungkan dengan panel solar, jadi tenaga solar yang berlebihan boleh disimpan untuk kegunaan kemudian. Ini membantu pengguna memanfaatkan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan pergantungan kepada grid elektrik.

Menariknya, integrasi dengan sistem solar ini juga membolehkan pengguna menyimpan tenaga pada waktu kadar lebih murah dan memanfaatkannya semasa waktu puncak.
Kawalan Jarak Jauh dan Rekaan Fleksibel


Selain itu, dengan aplikasi Tesla, pengguna Tesla Powerwall boleh melihat serta mengawal penggunaan tenaga mereka secara langsung dari jauh. Reka bentuknya yang kompak membolehkan pemasangan sama ada di dalam atau luar rumah, mengikut kesesuaian ruang. Setiap unit boleh menyimpan tenaga sebanyak 13.5 kWj, dan jika diperlukan, pengguna boleh menambah lebih banyak unit untuk kapasiti yang lebih besar.
Tesla Powerwall di Malaysia?
Pemasangan Tesla Powerwall oleh EVC di Thailand menunjukkan permintaan yang semakin tinggi terhadap penyelesaian tenaga hijau di rantau ini. Walaupun sistem ini masih belum tersedia di Malaysia, EVC kini sedang mengkaji minat pengguna tempatan. Bagi yang berminat menjadi antara pengguna terawal Tesla Powerwall di Malaysia, anda boleh mendaftar minat [DI SINI] bagi membantu mempercepatkan inisiatif ini.
Baca: Lulus Piawaian Keselamatan Sabah, EVC & Gentari, CPO Pertama Terima Lesen
Baca: Tesla Model Y 'Juniper' Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM195,450, Penghantaran Mula April
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6956
SELANGOR
BSQ2742
JOHOR
JYX1342
PULAU PINANG
PSC4394
PERAK
APH5907
PAHANG
CFG5630
KEDAH
KGG1527
NEGERI SEMBILAN
NEK4601
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 24 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat