KPDN: Semua Minyak Enjin Wajib Ada Label Sirim Mulai 7 April Ini

Mulai 7 April ini, semua produk minyak enjin kenderaan dari dalam negara mahupun import diwajibkan mempunyai perakuan dan penandaan label yang diperakukan Institut Piawaian dan Penyelidikan (SIRIM).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu diambil bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan minyak enjin tiruan di pasaran yang semakin meningkat.

“Perintah baharu ini dapat membanteras penjualan minyak tiruan di pasaran yang boleh menyebabkan berlaku kerosakan kepada enjin kenderaan sehingga akhirnya membawa risiko kemalangan jalan raya.
“Jadi dengan adanya pelekat label (SIRIM) ini, pengguna akan dapat mengenal pasti manakah produk yang dijamin tulen,” katanya.
Bagaimanapun, ini bukan tindakan mengejut sebaliknya perakuan dan penandaan label SIRIM itu telah diwartakan pada 11 Oktober tahun lalu.

Pihak KPDN dikatakan sudah memberi tempoh selama enam bulan kepada pihak industri untuk membuat persediaan sebelum April ini.
“Langkah mewajibkan perakuan dan penandaan SIRIM ini juga ekoran kadar peningkatan aduan pengguna terhadap minyak enjin tiruan setiap tahun.
“Sejak Januari 2019 hingga Februari lalu, kementerian menerima 240 aduan berkaitan isu berkenaan dan sebanyak 36 tindakan telah diambil dengan nilai rampasan berjumlah RM1.15 juta,” katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQX6481
SELANGOR
BSP9749
JOHOR
JYW5497
PULAU PINANG
PSC2472
PERAK
APH4238
PAHANG
CFG4875
KEDAH
KGF8746
NEGERI SEMBILAN
NEK3935
KOTA KINABALU
SJR8912
KUCHING
QAB7504N
Terakhir Kemas Kini 18 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KPDN Sedang Siasat Kereta Singapura Isi RON95
Tular warga asing mengisi RON95 di sebuah stesen minyak.
02-10-2025
Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM
Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.
23-09-2025
Motul: Jenama Diperakui SIRIM
Label pematuhan SIRIM akan dilekatkan pada produk Motul yang dijual melalui saluran sah.
28-03-2025
Kerjasama Proton, Geely & SIRIM QAS, Kualiti Lebih Terjamin, Pengguna Lebih Yakin
Proton telah memilih SIRIM QAS International (SIRIM QAS) sebagai rakan makmal rasmi untuk komponen automotif Proton dan Geely.
22-07-2024
EV Pun Ada Selimut, Harga Sampai RM5K
Pemilik EV akan diwajibkan untuk membeli Selimut Kebakaran EV.
02-02-2024
SIRIM Sedia Program Pensijilan Untuk Pengecas EV, Siapa Yang Perlu Dapatkan?
SIRIM akan tawarkan program pensijilan untuk keselamatan stesen pengecasan. Ini siapa yang perlu mendapatkannya...
27-12-2023
Berita Terkini
Jangan Lalu Atas Garisan Hitam Ini
Penunggang motor dedah ‘Garisan Hitam’ di susur keluar MEX jadi perangkap maut waktu hujan.
18-05-2026
Mercedes-Benz Malaysia Perkukuh Pasaran Pantai Timur, Rasmi Autohaus Terbesar di Kuantan
Autohaus Mercedes-Benz terbesar di Kuantan, Pahang.
18-05-2026
Isu Klasifikasi Baharu 'T15/T20' Hangat Diperkatakan, Ini Penjelasan Sebenar Menteri Kewangan II
Kecoh isu minyak untuk T20, kerajaan tampil beri jawapan sebenar!
18-05-2026
Awas Taktik ‘Kereta Cikgu’! 130,000 Kereta Terpakai Rupanya Bekas Eksiden, Meter Pula Kena Putar
Hampir 50% Kereta Terpakai Ada Unsur Tipu: Macam Mana Nak Elak Daripada Terkena?
18-05-2026
LRT Kelana Jaya Meragam Lagi, Ribuan Pengguna Terkandas
Penumpang disarankan menggunakan laluan alternatif lain.
18-05-2026
Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!
Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!
15-05-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama
Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!
15-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat