Lexus RZ Elektrik 2025, Hadir Dengan Stereng Gaya Yoke
Selain bZ4X dan C-HR+ baharu, Toyota juga telah mengemaskini model untuk tahun 2025 iaitu Lexus RZ 550e.
Walaupun crossover EV berjenama Lexus ini kelihatan hampir sama dari segi luaran, ia sebenarnya membawa beberapa perubahan ketara di bahagian dalaman, termasuk varian RZ 550e F Sport baharu yang menghasilkan kuasa 402 hp.


Bercakap mengenai RZ 550e F Sport baharu, varian tertinggi ini dilengkapi dengan motor berkembar AWD . Ia yang boleh menghasilkan kuasa setakat 402 hp, mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.4 saat.
Biarpun, ia disumbat dengan pek bateri 77 berkapasiti kWh yang sama seperti model lain dalam barisan RZ, Lexus mendakwa RZ 550e F Sport mempunyai jarak pemanduan paling pendek, iaitu hanya 450 KM.

Menggantikan RZ 450e di Eropah ialah varian baharu RZ 500e yang menggunakan tetapan dwi-motor AWD. Namun, varian ini hanya mampu menghasilkan kuasa sebanyak 375 hp.
Begitupun, tetapan motor ini masih cukup untuk memberikan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 4.6 saat, manakala jarak maksimum pula dihadkan kepada 500 km.

Namun, jika anda sanggup mengetepikan prestasi pecutan demi menjimatkan perjalanan elektrik, anda mungkin boleh memilik varian RZ 350e.
Ini kerana ia yang disumbat dengan motor tunggal dan masih mampu menghamburkan kuasa setakat 224 hp dengan jarak pemanduan 575km.
Selain daripada varian baharu, ada perubahan yang paling ketara dilakukan pada model Lexus RZ 2025 iaitu sistem steer-by-wire baharu, yang menampilkan stereng gaya yoke.


Tanpa sambungan fizikal antara yoke dan gandar hadapan, sistem stereng ini hadir dengan nisbah stereng boleh ubah, sekali gus membolehkan pemandunya menyesuaikan kedudukan stereng mengikut gaya pemanduan masing-masing.
Buat masa ini, Lexus RZ 2025 dijadualkan memasuki pasaran Eropah manakala butiran harga bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Selain itu, tiada sebarang maklumat yang mendedahkan bila bila model RZ yang dinaik taraf ini akan memasuki pasaran antarabangsa lain seperti Jepun dan Asia-Pasifik.
Jadi, peminat Lexus mungkin perlu menunggu sedikit lama!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
UMWT Dah Jual Kereta Dari Jan-Julai, Lebih 55K Kereta
UMWT mencapai jualan yang memberangsangkan pada Julai lepas apabila jualan bulanan melebihi 9,000 unit.
15-08-2024
Mampukah Lexus Ini Mencabar Pesaingnya?
Lexus mendedahkan beberapa imej RZ450E di laman web rasminya.
26-02-2022
Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien
Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.
30-12-2025
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat